
Super User
SESI VERIFIKASI & PENILAIAN AKHIR PROGRAM MODULAR KHIDMAT PELANGGAN
SESI VERIFIKASI & PENILAIAN AKHIR PROGRAM MODULAR KHIDMAT PELANGGAN DI BAWAH NOSS PENTADBIRAN PEJABAT
23hb Julai 2024 - Alhamdulillah selesai sudah sesi verifikasi & penilaian akhir bagi Program Modular Khidmat Pelanggan di bawah NOSS Pentadbiran Pejabat.
Seramai 6 orang calon Tahfiz Mahir Program Travel & Tour terlibat dengan sesi verifikasi pada kali ini yang dipantau sepenuhnya oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Semua calon telah LULUS dan bersedia untuk menjalani latihan praktikal di industri.








KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT EXCEL BASIC TO ADVANCED
KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT EXCEL BASIC TO ADVANCED
Seramai 30 orang kakitangan Far East Holding Berhad berjaya menamatkan kursus jangka pendek Microsoft Excel Basic to Advanced di Ladang Chengal, Muadzam Shah dalam tempoh 2 hari!
Ilmu yang padat dan lengkap disampaikan oleh tenaga pengajar yang terampil, diharapkan memberi manfaat yang besar kepada semua peserta.
Terima kasih kepada tenaga pengajar dan semua peserta yang menjayakan kursus ini, yang dianjurkan oleh YP Advanced Skills.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai lebih banyak kursus menarik pada tahun 2024!








LAWATAN PEMANTAUAN PELATIH PROJEK RINTIS “PLANTATION TECHNICIAN”
LAWATAN PEMANTAUAN PELATIH PROJEK RINTIS “PLANTATION TECHNICIAN” OLEH TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERLADANGAN & KOMODITI
10 Julai 2024 - Satu kunjungan hormat daripada perwakilan Kementerian Perladangan & Komoditi, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan), Dato’ Abdul Hadi Omar dan Setiausaha Bahagian (Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri) serta pegawai-pegawai.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IMPAC, Pn. Nazatul Niza binti Nordin, Pengurus Besar YP Advanced Skills, Pn. Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Plantations (Malaysia), En Hamdan bin Ismail.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelatih baharu yang sedang mengikuti latihan selama 3 bulan. Seramai 20 orang pelatih tempatan yang datang dari pelbagai negeri termasuk 7 orang asli (OA) telah menyertai projek ini melalui kerjasama IMPAC dan YP Advanced Skills beserta rakan industri FGV Plantations (Malaysia).
Antara tujuan lawatan adalah untuk melihat ladang FGV Plantations di Felda Palong 20, kediaman peserta dan tahap kemajuan latihan para peserta bagi program ini.
Diharap dengan adanya program seperti ini dapat memberi impak yang positif disamping menarik minat orang ramai untuk menyertai serta meningkatkan lagi industri perladangan di Malaysia.














MAJIKAN TERBAIK PERINGKAT DAERAH KUANTAN BAGI TAHUN 2024 OLEH KWSP KUANTAN
MAJIKAN TERBAIK PERINGKAT DAERAH KUANTAN BAGI TAHUN 2024 OLEH KWSP KUANTAN
Alhamdulillah, YP Advanced Skills telah dipilih sebagai *Majikan Terbaik Peringkat Daerah Kuantan bagi tahun 2024 oleh KWSP Kuantan*.
Penyampaian Anugerah Majikan Terbaik itu telah diterima oleh Pn. Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin, Pengurus Besar YP Advanced Skills pada 6 Julai 2024 di majlis Program Financial Wellbeing 2024 bertempat di KWSP Kuantan, Indera Mahkota.
YP AS dipilih bagi menerima anugerah Majikan Terbaik ini melalui penglibatan aktif syarikat dalam menganjurkan program pengurusan dan celik kewangan kepada para pekerja dan pelajar-pelajarnya nya.
Tahniah diucapkan kepada pihak Pengurusan dan semua kakitangan yang menyumbang kepada penerimaan anugerah ini.




PROGRAM "TEAM BUILDING - FUN ENVIRONMENT AT WORKPLACE" SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW)
MAJLIS GRADUASI LIVE HOSTING BATCH 1
28 Jun - Satu program "team building" yang bertajuk " Fun Environment At Workplace" telah diadakan hari ini bertempat di YP Advanced Skills, Kubang Buaya Kuantan.
Program "team building" ini telah dipimpin oleh fasilitator dari iLead Strategy Training Consultancy, iaitu Coach Syafiq Wahab dan dihadiri oleh 49 orang kakitangan YP Advanced Skills.
Perjalanan program bermula pada jam 8.30 pagi dan ianya telah dirasmikan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Pn. Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan memimpin, mempertingkatkan keupayaan komunikasi berkesan serta membina semangat berpasukan melalui kolaborasi, kepercayaan dan penyelesaian masalah secara bersama.
Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menguji semangat berpasukan disamping mengasah teknik komunikasi dan fokus peserta.
Diharap dengan adanya program seperti ini dapat memberi impak yang positif disamping memupuk budaya kerja yang sihat dan produktif dikalangan kakitangan YP Advanced Skills.









MAJLIS GRADUASI LIVE HOSTING BATCH 1
MAJLIS GRADUASI LIVE HOSTING BATCH 1
27 Jun 2024 - Satu Majlis Graduasi Live Hosting Batch 1 telah diadakan bertempat di Zenith Hotel Kuantan, Pahang.
Majlis graduasi telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi, dan turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato’ Dr Hj Zulkifle Bin Hj Ali Al Hafiz, Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin, serta Dr Hajjah Azuraida binti Shahadan dari Dr Azu Academy.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan 20 orang pelatih yang telah berjaya menamatkan pengajian selama sebulan di YP Advanced Skills, di bawah Program Live Hosting.
Kesemua 20 ini pelatih merupakan anak Pahang dan pemastautin tetap di Pahang serta berumur dari lingkungan 18 tahun sehingga 45 tahun.
Sepanjang mengikuti program ini, kesemua pelatih telah dilatih serta diterapkan dengan latihan praktikal dan teknik yang betul untuk menjadi seorang pempengaruh sosial media yang baik serta beretika di dalam menghasilkan “content’ untuk jualan sesuatu produk.
Program Live Hosting ini adalah merupakan salah satu program di bawah Program Jaminan Kerjaya dengan usahasama antara YP Advanced Skills dan Dr Azu Academy serta mendapat tajaan penuh dari Yayasan Pahang.
Sejurus tamat program, peserta diberi peluang bekerja sebagai live host di syarikat yang telah dipilih dan juga diberi peluang untuk mencuba di syarikat yang memerlukan khidmat live host bagi menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Semoga dengan wujudnya program seperti ini dapat membantu anak muda di luar sana khususnya anak Pahang untuk menceburi bidang perkerjaan yang semakin mendapat tempat di luar sana disamping membantu mereka supaya lebih kreatif dan berani untuk menggandakan pendapatan.









SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN!!!
SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN!!!
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada saudara Nazrul Nafis Roslan, peserta Program Jaminan Kerjaya, Batch 8 Program Offshore Catering.
Beliau yang kini berada di Nagiita, Japan dan bekerja di kapal Amberjack dari GPK Marine Service Management.
Pihak YPAS mendoakan agar saudara terus berjaya di masa akan datang dan terus berbakti kepada keluarga dan tanah air.
Berminat nak sertai Program Jaminan Kerjaya??? Hubungi kami segera.




KURSUS KESEDARAN HALAL
KURSUS KESEDARAN HALAL
20 JUNE 2024 - Satu kursus kesedaran halal telah dijalankan bertempat di Bilik 9, YP Advanced Skills yang melibatkan tenaga pengajar dan pelajar dari kursus penyediaan makanan dan pembuatan roti.
Kursus ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Adnan Bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta berkenaan konsep halal dan toyyib serta amalan yang baik untuk dipraktikkan sewaktu mengendali pemprosesan makanan bagi mengekalkan integriti halal di dalam organisasi.
Semoga dengan adanya kursus seperti ini dapat memberi nilai tambah buat pengajar dan pelajar di YP Advanced Skills.











KURSUS ASAS SENI DALAM ARTIFICIAL INTELLIGENCE
KURSUS ASAS SENI DALAM ARTIFICIAL INTELLIGENCE
Tahniah kepada 19 peserta yang berjaya menyertai Kursus Asas Seni Dalam Artificial Intelligence (AI) anjuran YP Advanced Skills!
Kursus yang berlangsung pada 6 Jun 2024 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Rumah Pahang, Kuantan, Pahang ini telah berjalan dengan jayanya.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang begitu bersemangat dan tenaga pengajar yang berdedikasi dalam menjayakan kursus ini. Anda semua adalah inspirasi!
Kepada yang berminat untuk menyertai kursus jangka pendek yang seterusnya, jangan lepaskan peluang!
Hubungi segera :
Puan Norfakhriah di 017-9795254 atau Cik Syaifila di 011-15465161 untuk maklumat lanjut.






PENILAIAN LATIHAN KOMPETENSI KEMAHIRAN CIDB BAGI KURSUS ELEKTRIKAL (MNE) PROGRAM TAHFIZ MAHIR BATCH FEBRUARI 2024
PENILAIAN LATIHAN KOMPETENSI KEMAHIRAN CIDB BAGI KURSUS ELEKTRIKAL (MNE) PROGRAM TAHFIZ MAHIR BATCH FEBRUARI 2024
4 Jun - Kursus Elektrikal dari Jabatan Latihan Teknikal, YP Advanced Skills telah menerima lawatan dan pemeriksaan oleh pegawai pemeriksa daripada ABM Wilayah Timur.
Lawatan ini bertujuan untuk penilaian LATIHAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (LKK) bagi bidang Building Wiring Installation.
Penilaian telah dilaksanakan oleh pegawai Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur iaitu Encik Mohd Jukeri Bin Mohamad dan seramai 11 orang calon terdiri daripada pelatih YP Advanced Skills, program tahfiz mahir kursus elektrikal telah hadir.
Alhamdulillah, pihak ABM telah mengiktiraf pelatih yang hadir sebagai pekerja mahir mengikut standard ABM/CIDB melalui program akreditasi kompetensi kemahiran.
Untuk makluman, YP Advanced Skills merupakan pusat bertauliah CIDB bagi kursus Building Wiring Installation (BWI).



