
Super User
LAWATAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PAHANG
LAWATAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PAHANG
10 September – Alhamdulillah, hari ini YP Advanced Skills berbesar hati menerima kunjungan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato' Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, bersama Ketua Pegawai Korporat, YBhg. En. Airulamri bin Amran serta dua orang kakitangan Yayasan Pahang.
Kehadiran mereka disambut oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Pn. Hajah Nor Liza binti Abd Mubin, serta diiringi oleh barisan pengurusan.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai perkembangan terkini penghasilan produk retort, inovasi terbaru yang dihasilkan oleh pelatih-pelatih Tahfiz Mahir Yayasan Pahang. Selain itu, YH Dato' Indera Mahmud turut meluangkan masa meninjau infrastruktur dan kemudahan di kampus YP Advanced Skills.
Dengan adanya lawatan ini ianya akan memberi impak yang positif disamping mendorong semangat kepada pelatih-pelatih Tahfiz Mahir dalam penghasilan produk yang berkualiti dan mencapai standard industri. Terima kasih atas sokongan dan kunjungan yang penuh bermakna ini.
"We Train Skills, We Hire Attitude"





PELEPASAN PESERTA NEGARA KE WORLDSKILLS COMPETITION LYON, FRANCE 2024
PELEPASAN PESERTA NEGARA KE WORLDSKILLS COMPETITION LYON, FRANCE 2024
3 September 2024 - Telah berlangsung sesi pelepasan buat Saudara Ahmad Danish Arham yang merupakan pelajar Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kulinari di YP Advanced Skills yang akan mewakili negara ke Worldskills Competition (WSC) di Eurexpo Lyon, France dalam acara "Cooking" bermula 10 September 2024 akan datang.
Upacara pelepasan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang, En. Airulamri Amran diiringi oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin bersama kakitangan dan pelajar.
WorldSkills Lyon 2024 adalah sebuah pertandingan antarabangsa di mana para profesional muda dari seluruh dunia mempamerkan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang dan profesion.
Para peserta akan bertanding dalam lebih daripada 60 kategori kemahiran, merangkumi bidang tradisional seperti pertukangan kayu dan memasak, hingga ke bidang yang lebih terkini seperti pengkomputeran awan dan keselamatan siber.
Pertandingan ini berfungsi sebagai platform yang terbaik dalam mempamer kemahiran vokasional dan teknikal, disamping memacu kecemerlangan dalam bidang-bidang yang dipertandingkan. Ia juga memberi peluang kepada peserta untuk membina rangkaian, belajar serta mendapat pengiktirafan dalam bidang masing-masing.
Didoakan agar saudara Danish mampu mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat kemenangan buat Malaysia dan YP Advanced Skills khususnya.
"We Train Skills, We Hire Attitude"








MAJLIS KONVOKESYEN & PENTAULIAHAN KEMAHIRAN MALAYSIA YP ADVANCED SKILLS 2024
MAJLIS KONVOKESYEN & PENTAULIAHAN KEMAHIRAN MALAYSIA YP ADVANCED SKILLS 2024
29 Ogos 2024 - Seramai 288 graduan telah menerima Pentauliahan Kemahiran Malaysia dalam Majlis Konvokesyen & Pentauliahan Kemahiran Malaysia YP Advanced Skills 2024 yang bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang.
Pentauliahan Kemahiran Malaysia ini disampaikan oleh YB Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang dan diiringi oleh Puan Hajah Nor Liza Binti Abd Mubin, Pengurus Pusat Bertauliah merangkap Pengurus Besar YP Advanced Skills.
133 daripada jumlah graduan adalah dari Diploma Kemahiran Malaysia, manakala 106 merupakan graduan Sijil Kemahiran Malaysia dan Tahfiz Mahir, dan 48 adalah graduan dari Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli (PETAMA).
Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Tuan Nur Fatin Shazlin Binti Tuan Mustafa dari Kursus Penyediaan Makanan manakala Anugerah Ikon TVET - Pelajar Berkeperluan Khas pula disandang oleh Romuldo Anak Ujai dari Kursus Pembuatan Roti.
Majlis juga memberi penghormatan dan salam takziah kepada keluarga Nur Hafizah Binti Zailan, pelajar PETAMA dan juga sumbangan kepada keluarga Allahyarhamah Puan Marlia Binti Omar, Pensyarah Pembuatan Roti yang telah Kembali ke Rahmatullah pada 24 Mac 2024 yang lalu.
Majlis disusuli dengan sesi penyerahan bendera Malaysia sebagai simbolik kepada pelajar yang akan mewakili negara ke pertandingan Worldskills Championship Lyon, France 2024 pada September ini.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran dan bergraduasi di majlis ini. Hari ini menandakan pencapaian besar dalam perjalanan hidup anda. Teruskan mencapai kejayaan dan memberikan inspirasi kepada orang ramai.
"We Train Skills, We Hire Attitude"










KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT POWER BI
KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT POWER BI
25 Ogos 2024 - Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai "Kursus Jangka Pendek Microsoft Power BI" di Training Room 3, Petronas Chemicals Derivatives Sdn.Bhd. pada 25 & 26 Ogos 2024.
Sepanjang mengikuti kursus jangka pendek ini, para peserta telah didedahkan dengan
1) Pengenalan kepada Power BI : Memahami konsep asas dan komponen Power BI, termasuk Power BI Desktop, Power BI Service, dan Power BI Mobile.
2) Pengambilan dan Pengolahan Data: Memahami cara mengimport data dari pelbagai sumber, membersihkan dan menyusun data menggunakan Power Query Editor.
3)Pembuatan Model Data: Membina model data dengan mencipta hubungan antara jadual dan menggunakan DAX (Data Analysis Expressions) untuk menghasilkan kalkulasi dan metrik.
4) Reka Bentuk Visualisasi: Mencipta pelbagai jenis visualisasi, seperti graf, carta, dan peta, serta memahami prinsip reka bentuk laporan yang berkesan.
5) Penerbitan dan Berkongsi Laporan: Menyebarkan dan berkongsi laporan melalui Power BI Service, serta mengurus akses dan perkongsian data.
6) Analisis dan Penggunaan Data: Menggunakan ciri-ciri interaktif seperti penapis dan segmen untuk menganalisis data secara mendalam.
Semoga perkongsian dari pengajar Pn. Dayang dapat membantu peserta untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam tugasan harian sekaligus memudahkan peserta membuat analisis berasaskan data dengan lebih baik serta mengoptimumkan penggunaan data dalam organisasi.
Terima kasih kerana memilih YP Advanced Skills sebagai Penyedia Latihan kursus jangka pendek anda.







YP ADVANCED SKILLS KE FINAL WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2024
YP ADVANCED SKILLS KE FINAL WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2024
Sedang berlangsung Pertandingan Akhir World Skills Malaysia Belia (WSMB) bermula 19 - 21 Ogos 2024 di Taylor's Culinary Institute, Kuala Lumpur. 3 orang pelajar daripada YP ADVANCED SKILLS bidang kulinari & bakeri yang telah berjaya di peringkat saringan sedang berjuang bagi membawa pulang kejayaan di peringkat akhir ini.
Seluruh warga YP Advanced Skills mendoakan kejayaan buat peserta!!
Selamat Maju Jaya!
"WE TRAIN SKILLS, WE HIRE ATTITUDE"



SOLAT HAJAT SEMPENA PENYERTAAN PELAJAR KE PERTANDINGAN AKHIR WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB)
SOLAT HAJAT SEMPENA PENYERTAAN PELAJAR KE PERTANDINGAN AKHIR WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB)
15 Ogos - Alhamdulillah, telah diadakan satu solat hajat berjemaah harini di YP Advanced Skills sempena mendoakan kejayaan pelajar yang akan ke Pertandingan Akhir World Skills Malaysia Belia (WSMB).
Seramai 3 orang pelajar YP Advanced Skills yang terpilih akan berentap pada pertandingan akhir WSMB ini yang diadakan di Taylor University, Subang Jaya.
Diharapkan kesemua pelajar yang terlibat pada pertandingan akhir ini beroleh kejayaan untuk terus cemerlang di dalam bidang yang diceburi.



LAWATAN DARI IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUANTAN
LAWATAN DARI IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUANTAN
8 Ogos - Alhamdulilah, YPAS harini menerima lawatan daripada Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, DSP Azehar bin Ab Latif Bersama 3 anggota.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan berkenaan pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti dikalangan pelajar dan kakitangan, mengetahui berkenaan permasalahan pelajar serta kolaboratif bersama pihak institut pengajian tinggi swasta.
Diharap dengan adanya lawatan seperti ini dapat mengeratkan kerjasama YPAS Bersama Polis Diraja Malaysia di dalam mencegah jenayah disamping meningkatkan keselamatan di dalam komuniti.




KURSUS CANVA MASTERCLASS VOL2
KURSUS CANVA MASTERCLASS VOL2
Tahniah diucapkan kepada 14 peserta kursus Canva Masterclass Vol 2 yang telah berjaya diadakan di Rumah Pahang pada 31 Julai 2024!
Kursus ini anjuran YP Advanced Skills, dan kami sangat berbesar hati dengan kerjasama dan penyertaan anda.
Peserta telah menikmati pelbagai kemudahan seperti e-sijil, makan minum, serta penggunaan PC di Rumah Pahang.
Sekiranya anda berminat untuk menganjurkan kursus in-house atau public training, jangan ragu untuk menghubungi pegawai YP Advanced Skills. Ingat, semua kursus kami berdaftar dengan HRDF (Claimable)!




PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) AMBILAN JULAI 2024
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) AMBILAN JULAI 2024
31 Julai - Alhamdulillah, telah berlangsung sesi pendaftaran pelajar baharu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ambilan Julai 2024, bertempat di YP Advanced Skills, Kubang Buaya, Kuantan Pahang.
Seramai 109 orang pelajar telah hadir hari ini bagi pendaftaran kemasukan untuk 5 buah kursus yang dibuka pada sesi pengambilan kali ini.
Pendaftaran pelajar baharu telah dimulai dengan sesi taklimat kursus oleh wakil Jabatan Latihan Teknikal, kemudian disambung dengan taklimat tajaan oleh wakil Jabatan Kewangan dan akhir sekali majlis diteruskan dengan ucapan aluan serta perasmian oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin.
Untuk makluman sesi pendaftaran ini masih lagi dibuka dan kepada adik-adik di luar sana yang masih lagi mencari peluang dalam bidang kemahiran, bolehlah berhubung dengan pegawai pemasaran dan kemasukan.
Akhir sekali, tahniah dan selamat datang diucapkan buat semua pelajar yang mendaftar dan terima kasih juga buat ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada YP Advanced Skills.
"We train skills, we hire attitude"













SESI PERJUMPAAN DAN LAWATAN TAPAK OLEH YAYASAN PENERAJU BERSAMA PESERTA OFFSHORE RIGGER SCAFFOLDING TAHAP 2
SESI PERJUMPAAN DAN LAWATAN TAPAK OLEH YAYASAN PENERAJU BERSAMA PESERTA OFFSHORE RIGGER SCAFFOLDING TAHAP 2
25 Julai - Satu sesi perjumpaan dan lawatan tapak antara Yayasan Peneraju bersama peserta Scaffolding Tahap 2 telah diadakan bertempat di Ria Academy, Paka Terengganu harini.
Sesi perjumpaan dan lawatan tapak ini bertujuan untuk memberi taklimat berkenaan halatuju peserta selepas tamat latihan disamping mendapat maklumbalas semasa latihan untuk penambahbaikan.
Antara pegawai yang hadir pada sesi kali ini ialah Ketua Ekosistem Yayasan Peneraju, Encik Azrul Izwan Bin Amir Nazarullah beserta 4 orang pegawai yang lain.
Diharap sesi perjumpaan dan lawatan tapak kali ini dapat memberi impak yang positif kepada peserta dan YP Advanced Skills selaku rakan penyedia latihan.




