+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Sep 03, 2024 1079times
Featured

PELEPASAN PESERTA NEGARA KE WORLDSKILLS COMPETITION LYON, FRANCE 2024

PELEPASAN PESERTA NEGARA KE WORLDSKILLS COMPETITION LYON, FRANCE 2024

3 September 2024 - Telah berlangsung sesi pelepasan buat Saudara Ahmad Danish Arham yang merupakan pelajar Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kulinari di YP Advanced Skills yang akan mewakili negara ke Worldskills Competition (WSC) di Eurexpo Lyon, France dalam acara "Cooking" bermula 10 September 2024 akan datang.

Upacara pelepasan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang, En. Airulamri Amran diiringi oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin bersama kakitangan dan pelajar.

WorldSkills Lyon 2024 adalah sebuah pertandingan antarabangsa di mana para profesional muda dari seluruh dunia mempamerkan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang dan profesion.

Para peserta akan bertanding dalam lebih daripada 60 kategori kemahiran, merangkumi bidang tradisional seperti pertukangan kayu dan memasak, hingga ke bidang yang lebih terkini seperti pengkomputeran awan dan keselamatan siber.

Pertandingan ini berfungsi sebagai platform yang terbaik dalam mempamer kemahiran vokasional dan teknikal, disamping memacu kecemerlangan dalam bidang-bidang yang dipertandingkan. Ia juga memberi peluang kepada peserta untuk membina rangkaian, belajar serta mendapat pengiktirafan dalam bidang masing-masing.

Didoakan agar saudara Danish mampu mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat kemenangan buat Malaysia dan YP Advanced Skills khususnya.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Go to top