+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Aug 29, 2024 1160times
Featured

MAJLIS KONVOKESYEN & PENTAULIAHAN KEMAHIRAN MALAYSIA YP ADVANCED SKILLS 2024

MAJLIS KONVOKESYEN & PENTAULIAHAN KEMAHIRAN MALAYSIA YP ADVANCED SKILLS 2024

29 Ogos 2024 - Seramai 288 graduan telah menerima Pentauliahan Kemahiran Malaysia dalam Majlis Konvokesyen & Pentauliahan Kemahiran Malaysia YP Advanced Skills 2024 yang bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang.

Pentauliahan Kemahiran Malaysia ini disampaikan oleh YB Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang dan diiringi oleh Puan Hajah Nor Liza Binti Abd Mubin, Pengurus Pusat Bertauliah merangkap Pengurus Besar YP Advanced Skills.

133 daripada jumlah graduan adalah dari Diploma Kemahiran Malaysia, manakala 106 merupakan graduan Sijil Kemahiran Malaysia dan Tahfiz Mahir, dan 48 adalah graduan dari Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli (PETAMA). Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Tuan Nur Fatin Shazlin Binti Tuan Mustafa dari Kursus Penyediaan Makanan manakala Anugerah Ikon TVET - Pelajar Berkeperluan Khas pula disandang oleh Romuldo Anak Ujai dari Kursus Pembuatan Roti. Majlis juga memberi penghormatan dan salam takziah kepada keluarga Nur Hafizah Binti Zailan, pelajar PETAMA dan juga sumbangan kepada keluarga Allahyarhamah Puan Marlia Binti Omar, Pensyarah Pembuatan Roti yang telah Kembali ke Rahmatullah pada 24 Mac 2024 yang lalu.

Majlis disusuli dengan sesi penyerahan bendera Malaysia sebagai simbolik kepada pelajar yang akan mewakili negara ke pertandingan Worldskills Championship Lyon, France 2024 pada September ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran dan bergraduasi di majlis ini. Hari ini menandakan pencapaian besar dalam perjalanan hidup anda. Teruskan mencapai kejayaan dan memberikan inspirasi kepada orang ramai.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Go to top