
Super User
MAJLIS INSPIRING DE' TEA LOGUE ALUMNI JAMINAN KERJAYA BERSAMA MENTERI BESAR PAHANG
27 NOVEMBER - Ideal Convention Centre Shah Alam menjadi tempat berlangsungnya Majlis Inspiring De' Tea Logue Alumni Jaminan Kerjaya bersama-sama Menteri Besar Pahang. Seramai 500 orang dari alumni jaminan kerjaya dan juga rakan strategik KYP Advanced Skills yang hadir bersama bagi majlis yang julung kali diadakan ini.
Majlis ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan diiringi oleh YB Tuan Fadzli Bin Mohamad Kamal (Exco Komunikasi & Multimedia,Belia,Sukan & Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang) , YH Dato' Indera Mahmud Bin Mohd Nawawi (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang), YH Dato' Dr Haji Ahmad Munawar Bin Haji Abdul Jalil (Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Skills Sdn. Bhd. ) dan YBhg Pn Hajjah Nor Liza Binti Abd Mubin (Pengurus Besar KYP Skills Sdn. Bhd.).
Majlis ini bertujuan untuk menghimpunkan alumni jaminan kerjaya dan juga rakan strategik KYP Advanced Skills bersama Menteri Besar Pahang. Ia juga sebagai salah satu platform perkongsian kejayaan alumni yang telah mendapat manfaat bantuan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang khususnya. Majlis ini juga mengumpulkan rakan strategik industri yang telah bersama dalam menjayakan serta memberi penempatan kerja dalam program jaminan kerjaya.
YAB Menteri Besar Pahang juga turut sama merasmikan Gimik Pelancaran Nama & Logo Baru KYP Advanced Skills kepada YP ADVANCED SKILLS dalam majlis ini. Semoga dengan penjenamaan baru ini YP Advanced Skills akan terus berkembang pesat dan maju pada masa yang akan datang.

YAB Menteri Besar Pahang juga turut sama merasmikan Gimik Pelancaran Nama & Logo Baru KYP Advanced Skills kepada YP ADVANCED SKILLS dalam majlis ini. Semoga dengan penjenamaan baru ini YP Advanced Skills akan terus berkembang pesat dan maju pada masa yang akan datang.
"We train skills, we hire attitude" - YP Advanced Skills













MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) & ANUGERAH TOKOH MAHIR (ATM) 2023
Majlis anjuran Kementerian Sumber Manusia ini telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 23hb November 2023 di Shah Alam Covention Centre (SACC).
Majlis ini bertujuan untuk mengumumkan para pemenang pertandingan WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) & WORLD SKILLS MALAYSIA PENGAJAR (WSMP) peringkat akhir.
Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills telah mengungguli pingat emas dan gangsa bagi pertandingan WSMB akhir - kategori Cooking.
TAHNIAH kepada :
1. AHMAD DANISH ARHAM BIN AHMAD KHUSYNEE - EMAS
2. AHMAD FAREEZ BIN AHMAD AZHAR - GANGSA
Turut diraikan pemenang pertandingan WORLD SKILLS ASEAN SINGAPORE 2023, TUAN NUR FATIN SHAZLIN BT TUAN MUSTAFA yang telah merangkul pingat PERAK.
"We train skills, we hire attitude" - KYP Advanced Skills






PROGRAM KESIHATAN GAYA HIDUP SIHAT DENGAN KERJASAMA KPJ PAHANG SPECIALIST HOSPITAL
22 November- Satu program kesihatan gaya hidup sihat telah diadakan dengan kerjasama KPJ Pahang Specialist Hospital bertempat di KYPAS Kubang Buaya. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran berkenaan tahap kesihatan kepada kakitangan dan pelajar di kolej ini.
Program ini bermula dengan aktiviti senam robik, aktiviti explorace, pemeriksaan kesihatan, pendedahan berkenaan diet dan stress dan gimik pelancaran "fix to fit".
Pada kemuncak program ini, satu gimik perasmian program "fix to fit" telah dirasmikan oleh yang berbahagia Puan Pengurus Besar KYPAS , Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin bersama CEO KPJ Pahang Specialist Hospital Encik Omar Zakir Bawadi
Program "fix to fit" yang dirasmikan adalah merupakan satu cabaran buat kakitangan yang berminat untuk menurunkan berat badan dengan dikawal selia oleh pihak KPJ Pahang Specialist Hospital selama 3 bulan.
Diharap dengan adanya program ini dapat memberi impak yang positif kepada kakitangan dan syarikat serta mewujudkan hasil kerja yang produktif.
"We train skills, we hire attitude" - KYP Advanced Skills








KUNJUNGAN RASMI DAN LAWATAN KERJA DARIPADA POLITEKNIK PARIWISATA NATIONAL INSTITUTE (NHI) BANDUNG, INDONESIA KE KYP ADVANCED SKILLS
Kunjungan Rasmi dan Lawatan kerja daripada Politeknik Pariwisata National Hotel Institute (NHI) Bandung, Indonesia ke Kampus Utama Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) disambut mesra oleh barisan kakitangan KYPAS.
Pn Hajjah Nor Liza Binti Abd Mubin selaku Pengurus Besar KYPAS menyampaikan ucapan aluan kepada para delegasi dan memperkenalkan serba sedikit penubuhan KYPAS.
Objektif bagi Kunjungan Rasmi dan Lawatan Kerja ini adalah
- Bekerjasama dalam mengendalikan penyelidikan pengurusan pelancongan dan hospitality,
- Pertukaran pelajar dan teknologi dalam bidang hospitality, serta
- Perkongsian pandangan dalam pembangunan kokurikulum dan perhubungan industry,
Kunjungan diteruskan dengan beberapa aktiviti iaitu:
i) Demonstrasi Makanan Pahang iaitu Ayam Masak Tempoyak dan Sira Labu yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar KYPAS,
ii) Sesi Perkongsian daripada Mr. Andar Danova L. Goeltom, Director Politeknik Pariwisata National Hotel Institute (NHI) Bandung,serta
iii) Lawatan Kemudahan Fasiliti dan Infrastuktur Kampus
Diharapkan dengan adanya kerjasama ini, dapat saling berkongsi ilmu, kemahiran dan lain-lain program pada masa akan datang.
"We train skills, we hire attitude" - KYP Advanced Skills









KUNJUNGAN RASMI DAN LAWATAN KERJA DARIPADA POLITEKNIK PARIWISATA NATIONAL INSTITUTE (NHI) BANDUNG, INDONESIA KE YAYASAN PAHANG
1 November 2023 - Yayasan Pahang telah menerima Kunjungan Rasmi dan Lawatan Kerja daripada Politeknik Pariwisata National Hotel Institute (NHI) Bandung, Indonesia, yang diketuai Oleh Mr. Andar Danova L. Goeltom, Director Politeknik Pariwisata National Hotel Institute (NHI) Bandung, Indonesia bersama enam pengurusan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang yang turut dihadiri oleh Pn Hajjah Nor Liza Abd Mubin selaku Pengurus Besar KYPAS, serta barisan pengurusan Yayasan Pahang dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills dan wakil daripada Tourism Pahang.
Objektif mesyuarat ini bagi membincangkan:
- Potensi kerjasama penyelidikan dalam pengurusan pelancongan dan hospitaliti.
- Perkongsian pandangan dalam pembangunan kokurikulum dan perhubungan industri.
- Pembangunan dan perkongsian strategik program keusahawanan
Diharapkan dengan adanya kerjasama ini, dapat saling berkongsi ilmu, kemahiran dan lain-lain program pada masa akan datang.
"We train skills, we hire attitude" - KYP Advanced Skills






PROGRAM TAHFIZ MAHIR YAYASAN PAHANG
PROGRAM TAHFIZ MAHIR YAYASAN PAHANG
Pengajian PERCUMA!!!
Lastcall buat adik-adik lepasan SMA/Tahfiz/Madrasah Pondok di sekitar Pahang. Program Tahfiz Mahir tajaan penuh Yayasan Pahang kini dibuka bagi ambilan Disember 2023.
4 KURSUS YANG DITAWARKAN:
1.Fabrikasi Logam + 3G ~ Pelatih akan didedahkan dengan melakukan kimpalan (welding) atau fabrikasi mengikut keperluan pada kemudahan dan peralatan.
2.Kulinari ~ Pelatih akan didedahkan dengan cara penyediaan bahan makanan hingga menjadi satu hidangan untuk santapan .
3.Islamic Tour Guide ~ Pelatih akan menjadi sebahagian daripada agen pelancongan yang membawa pelancong ke luar negara
4.Pembantu Taska ~ Pelatih akan didedahkan dengan kemahiran dan kecekapan mengendalikan kanak-kanak di tempat asuhan kanak-kanak.
SYARAT KEMASUKAN
- Anak Pahang / pemastautin di Pahang
- 18 tahun - 35 tahun
- Menghafaz sekurang-kurangnya 5 juzu' Al - Quran / 100 mukasurat dari surah pilihan / 2 tahun pengajian kitab
- Mualaf & orang asli dengan asas pengajian Al - Quran atau Iqra' turut dipelawa
- Sahsiah terpuji dan tiada rekod salahlaku
KELEBIHAN PROGRAM
- Pengajian PERCUMA dengan tajaan penuh Yayasan Pahang
- Elaun sehingga RM 1000.00 sebulan
- Persijilan oleh JPK/CIDB
- Kelas pengukuhan hafazan dan bimbingan agama sepanjang Latihan
- Jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian
Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang! Jom daftar segera.
"We train skills, we hire attitude" - KYP Advanced Skills

PENDAFTARAN PELAJAR BARU KURSUS ELEKTRIK AMBILAN OKTOBER 2023
Pendaftaran Pelajar Baru Kursus Elektrik Ambilan Oktober 2023.
Alhamdulillah selesai sesi pendaftaran pelajar baru Kursus Elektrik Tahap 2 ambilan Oktober 2023.
Ambilan kursus masih lagi dibuka.
KURSUS ELEKTRI (EE-320-2:2012)!
Syarat kemasukan pelajar:
- Minimum 16 tahun
- Boleh 3M (membaca, menulis, mengira)
- Tidak rabun warna (kursus elektrikal)
Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang! Jom daftar segera.
"We train skills, we hire attitude" - KYP Advanced Skills


PROGRAM ANAK MUDA SAYANG BUMI BERMULA
PROGRAM ANAK MUDA PAHANG SAYANG BUMI BERMULA
28 Oktober - Projek Perumahan Rakyat untuk Disewa (PPRS) Pinggiran Putra, Kuantan menjadi destinasi pertama siri jelajah PROGRAM ANAK MUDA PAHANG BUMI 2023. Seramai lebih kurang 400 turut menyertai program ini.
Program anjuran Yayasan Pahang (YP) dengan kerjasama Kolej Advanced Skill Yayasan Pahang (KYPAS), Majlis Belia Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), SWCorp Malaysia, dan Jabatan Pertanian Negeri Pahang ini dirasmikan oleh YH Dato' Wan Solihi Bin Haji Wan Hassan selaku Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuantan.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran orang ramai khasnya anak muda untuk menyayangi dan memulihara ekosistem alam sekitar setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan pada program ini adalah
- penanaman pokok
- pemeriksaan kesihatan
- ceramah bertajuk ‘Ancaman Jenayah Komesil dan Penipuan Siber’, ‘Kesihatan Persekitaran dan Kempen Cegah Wabak Denggi’, dan ‘Kesedaran dan Survival Keselamatan di Perumahan Strata’,
- persembahan pancaragam oleh Sekolah MGSS
- aktiviti sukaneka, aktiviti jualan dan pameran.
*Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi 2023* akan menjelajah ke 10 daerah di Negeri Pahang bermula minggu hadapan.
Tunggu kehadiran kami di tempat aokmer yak!
"We train skills, we hire attitude" - KYP Advanced Skills






PROGRAM RAMAH MESRA LATIHAN & KERJAYA TAHFIZ MAHIR YAYASAN PAHANG
Sedang berlangsung di facebook Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills - Program Ramah Mesra Latihan & Kerjaya Tahfiz Mahir Yayasan Pahang
"We train skills, we hire attitude" - KYP Advanced Skills

KUNJUNGAN RASMI DAN PERJANJIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA POLITEKNIK PARIWISATA NATIONAL HOTEL INSTITUTE (NHI) BANDUNG, INDONESIA & KOLEJ YAYASAN PAHANG ADVANCED SKILLS
Kunjungan deligasi ini diketuai oleh YB Dato' Sri DR. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang bersama YH Dato’ Dr Haji Ahmad Munawar Bin Hj Abdul Jalil, Pengerusi KYP Skills Sdn Bhd, YH Dato’ Indera Mahmud Bin Mohd Nawawi,Pengarah Urusan KYP Skills Sdn Bhd merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang serta Barisan Ahli Lembaga Pengarah dan Pn Nor Liza Abd Mubin selaku Pengurus Besar KYPAS dan Barisan Pengurusan KYP Skills Sdn Bhd.
MoU ini ditandatangani oleh En Andar Danova Goeltom, Pengarah Politeknik Pariwisata NHI Bandung dan YH Dato’ Indera Mahmud Bin Mohd Nawawi, Pengarah Urusan KYP Skills Sdn Bhd merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang.
Objektif bagi kunjungan dan perjanjian ini adalah untuk mengeratkan hubungan menerusi satu hala tuju dengan mengukuhkan seta mengembangkan usahasama yang telah lama terjalin.
Diharapkan dengan adanya kerjasama ini, dapat saling berkongsi ilmu, kemahiran dan lain-lain program pada masa akan datang.
"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills