+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Nov 27, 2023 368times
Featured

MAJLIS INSPIRING DE' TEA LOGUE ALUMNI JAMINAN KERJAYA BERSAMA MENTERI BESAR PAHANG

27 NOVEMBER - Ideal Convention Centre Shah Alam menjadi tempat berlangsungnya Majlis Inspiring De' Tea Logue Alumni Jaminan Kerjaya bersama-sama Menteri Besar Pahang. Seramai 500 orang dari alumni jaminan kerjaya dan juga rakan strategik KYP Advanced Skills yang hadir bersama bagi majlis yang julung kali diadakan ini.

Majlis ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan diiringi oleh YB Tuan Fadzli Bin Mohamad Kamal (Exco Komunikasi & Multimedia,Belia,Sukan & Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang) , YH Dato' Indera Mahmud Bin Mohd Nawawi (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang), YH Dato' Dr Haji Ahmad Munawar Bin Haji Abdul Jalil (Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Skills Sdn. Bhd. ) dan YBhg Pn Hajjah Nor Liza Binti Abd Mubin (Pengurus Besar KYP Skills Sdn. Bhd.).

Majlis ini bertujuan untuk menghimpunkan alumni jaminan kerjaya dan juga rakan strategik KYP Advanced Skills bersama Menteri Besar Pahang. Ia juga sebagai salah satu platform perkongsian kejayaan alumni yang telah mendapat manfaat bantuan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang khususnya. Majlis ini juga mengumpulkan rakan strategik industri yang telah bersama dalam menjayakan serta memberi penempatan kerja dalam program jaminan kerjaya.

YAB Menteri Besar Pahang juga turut sama merasmikan Gimik Pelancaran Nama & Logo Baru KYP Advanced Skills kepada YP ADVANCED SKILLS dalam majlis ini. Semoga dengan penjenamaan baru ini YP Advanced Skills akan terus berkembang pesat dan maju pada masa yang akan datang.

YAB Menteri Besar Pahang juga turut sama merasmikan Gimik Pelancaran Nama & Logo Baru KYP Advanced Skills kepada YP ADVANCED SKILLS dalam majlis ini. Semoga dengan penjenamaan baru ini YP Advanced Skills akan terus berkembang pesat dan maju pada masa yang akan datang.

"We train skills, we hire attitude" - YP Advanced Skills

Go to top