+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Super User

Super User

Majlis bacaan Yaasin dan doa selamat telah diadakan pada pagi ini bersama kakitangan beserta pelajar KYPAS. Majlis ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan di kalangan ahli keluarga kakitangan dan pelajar. Semoga majlis ini mendapat keberkatan di hari Jumaat yang penuh barakah ini.

"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills

Lawatan Verifikasi Pentauliahan Pusat Latihan CIDB - Building Wiring Installation ( BWI1 ). Lawatan ini dihadiri oleh En. Marwan Maarof iaitu Pegawai daripada Ibu Pejabat CIDB Malaysia, En. Zulkifli Abdullah & Pn. Noor Rohaya Abdullah wakil daripada CIDB Pahang dan En. Wan Rosmadi wakil daripada pihak ABM Wilayah Timur. Lawatan verifikasi ini adalah bertujuan untuk memperbaharui tempoh Perakuan Pentauliahan Pusat Latihan bagi Program Latihan Kemahiran Belia untuk Tred Building Wiring Installation ( BWI1 )

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Perbincangan dua hala bersama Nippon Sushi & KYP Advanced Skills bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pembuatan makanan Jepun dan pengoperasian restauran.

Majlis dipengerusikan oleh En Mohd Norsham Nisam Bin Abd Malik selaku Pengurus Jabatan Korporat & Pembangunan Perniagaan. Manakala Nippon Sushi diwakili oleh Puan Siti Noraini selaku Pengarah Urusan Nippon Sushi.

Perbincangan kali ini terarah kepada pembentangan konsep latihan, tempoh latihan dan pembentangan modul latihan oleh Puan Siti Noraini (Pengarah Urusan) disamping mewujudkan perjanjian persefahaman (MoU) antara KYP Advanced Skills dan Nippon Sushi.

Diharap dengan jalinan kerjasama baru ini, ia dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia Pahang untuk menceburi kerjaya pembuatan makanan Jepun di Malaysia.

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Lawatan Pentauliahan Penambahan Kapasiti Pelatih Program Perkhidmatan Penyediaan dan Pembuatan Makanan (HT-012-4:2011) Lawatan kali ini telah diketuai oleh Pn. Suziyana binti Shaidin iaitu pegawai dari Jabatan Kemahiran (JPK) dan disertai lagi oleh 2 orang panel iaitu En. Samymuthu A/L Masilamani dan En. Saruji bin Alang Ahmad. Semoga lawatan ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat.

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Telah selesai mesyuarat penutup bagi peperiksaan akhir serta pembentangan projek akhir yang dipengerusikan oleh Puan Hajjah Nor Liza Binti Abd Mubin selaku Pengurus Pusat Bertauliah disertai Pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pegawai Penilai Luaran, Pegawai Pengesah Dalaman serta Pegawai Penilai dari setiap kursus.

Seramai 25 orang pelatih tahap 3 dari pembuatan roti telah menduduki peperiksaan akhir dan 60 orang pelatih dari kursus masakan, pembuatan roti, sistem komputer dan sistem maklimat menduduki pembentangan projek tahun akhir.

Terima kasih di atas sokongan dari pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta Pegawai Penilai Luaran (PPL) sepanjang berlangsungnya peperiksaan dan pembentangan ini.

Semoga hasil teguran dan pandangan yang diberikan dapat diperbaiki dan ditambah baik untuk masa mendatang.

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Sesi ramah mesra antara pegawai Yayasan Pahang, Pn. Safwati bersama pelajar Tahfiz Mahir bidang Breakfast Production.

Sepanjang sesi ini berlangsung, satu taklimat berkenaan asrama turut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan peraturan yang perlu diikuti sepanjang pembelajaran serta penyerahan aku janji kepada lapan orang pelajar.

Selepas tamat sesi ramah mesra, semua tetamu dihidangkan dengan makanan yang disediakan oleh pelajar itu sendiri. Diharap pelajar yang mengikuti program ini dapat memberi sepenuh perhatian serta komitmen sepanjang mengikuti program ini.

"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills

Satu Majlis penyampaian pingat bagi Pertandingan Worldskills Malaysia Belia telah diadakan di Shah Alam Convention Centre pada 28 Februari 2023. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Tahniah buat Tuan Nur Fatin Shazlin Binti Tuan Mustafa atas kejayaan beliau di WSMB, sekaligus menjadi wakil tunggal dari KYP Advanced Skills ke pertandingan WSMB yang akan diadakan di Singapura Julai nanti. Untuk makluman, saudari Fatin merupakan pemenang dan penerima kategori Cooking dari KYP Advanced Skills turut menerima pingat serta serahan cek berjumlah RM2,500 di Majlis berkenaan.

Turut hadir di majlis berkenaan, Pn Nani Masnida Nordin, selaku Pengurus Jabatan Latihan Teknikal dan Tenaga Pengajar, Pn Norlida Ismail yang banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada beliau untuk terus mencipta nama dalam bidang kulinari.

Semoga usaha ini tidak terhenti disini, kami warga KYP Skills mendoakan saudari Nur Fatin akan terus cemerlang di Singapura nanti!

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Tuesday, 28 February 2023 04:51

KURSUS ASAS KEPIMPINAN PELAJAR

Kursus Asas Kempimpinan yang disertai oleh para pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan wakil pelajar dari setiap kursus telah disampaikan oleh Pn Shakila Banu Binti Noor Mohamed dan Dr Naina Mohamed, merupakan Trainer dari Competency House International telah diadakan selama 2 hari di KYP Advanced Skills, Kubang Buaya.

Kursus Pembangunan kemahiran kepimpinan merupakan suatu perkara asas yang penting dalam melahirkan insan yang berkaliber, berdedikasi serta meningkatkan potensi pelajar bagi menjadi pemimpin yang baik di masa hadapan.

Maka, program kepimpinan ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan pelajar mengenai kepentingan membangunkan kemahiran kepimpinan dalam diri mereka. Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan, diterapkan dengan elemen kepimpinan, dan kemahiran insaniah.

Semoga para peserta mendapat input dan berjaya mencapai matlamat untuk diterapkan di masa hadapan!

"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills

Kontinjen KYP Advanced Skills yang terdiri daripada tenaga pengajar serta para pelajar tidak pulang dengan tangan kosong, malah pulang dengan bergaya di Malaysia Culinary Challenge 2023 setelah menamatkan saingan di WTC Kuala Lumpur.

Dengan pencapaian keseluruhan :
4 Emas
6 Perak
6 Gangsa
1 Diploma

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta!!.

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Seramai 20 peserta baharu yang terlibat dalam sesi pendaftaaran kali ini, sebelum diberi taklimat oleh wakil dari Unit Jaminan Kerjaya. Kursus ini merupakan kursus kompetensi yang ditawarkan dengan sijil yang dikeluarkan oleh badan pengiktiraf daripada industri bidang perkhidmatan pengguntingan rambut. Peluang anda masih terbuka, jom sertai kami. Tempat adalah terhad!!!!

"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills

Go to top