SESI RAMAH MESRA ANTARA YAYASAN PAHANG BERSAMA PELAJAR TAHFIZ MAHIR BIDANG BREAKFAST PRODUCTION
Sesi ramah mesra antara pegawai Yayasan Pahang, Pn. Safwati bersama pelajar Tahfiz Mahir bidang Breakfast Production.
Sepanjang sesi ini berlangsung, satu taklimat berkenaan asrama turut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan peraturan yang perlu diikuti sepanjang pembelajaran serta penyerahan aku janji kepada lapan orang pelajar.
Selepas tamat sesi ramah mesra, semua tetamu dihidangkan dengan makanan yang disediakan oleh pelajar itu sendiri.
Diharap pelajar yang mengikuti program ini dapat memberi sepenuh perhatian serta komitmen sepanjang mengikuti program ini.
"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills