+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Super User

Super User

Penyerahan sijil tamat latihan dan pemantauan 3 bulan kepada perantis Sime Darby Batch 8/2022 di Ladang Jabor bagi peserta Jaminan Kerjaya Harvesting.

OPERATOR PERLADANGAN
Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) dengan kerjasama SIME DARBY ingin membuka peluang pekerjaan kepada belia Pahang khasnya dan juga belia seluruh Malaysia amnya untuk menyertai Program Penuai Tempatan dan seterusnya bekerja dengan syarikat SIME DARBY.

KEMASUKAN SEGERA 2023


SYARAT KELAYAKAN
• Warganegara Malaysia
• Berumur 18 ke atas
• Lelaki
• Boleh 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
• Sihat tubuh badan
• Tidak Rabun Warna

FAEDAH SEMASA LATIHAN
• Elaun latihan RM1200 sebulan
• Kemudahan penginapan (Bujang/Berkahwin)
• Insuran kemalangan pelatih
• Makan minum disediakan sepanjang latihan
• Penempatan kerja di Industri Perladangan

FAEDAH SELEPAS BEKERJA
• Caruman KWSP
• Caruman PERKESO
• Penginapan disediakan
• Insuran Pekerja
• Bonus tahunan
• Elaun rawatan perubatan
• Bantuan persekolahan anak-anak

"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills

Langkah kanan memulakan perjalanan bagi peserta kontinjen KYP Advanced Skills untuk berjuang di Malaysia Culinary Worldcup 2023, di World Trade Center (WTC) Kuala Lumpur bermula 21 - 23 Februari 2023. Pengurus Besar, Y.Bhg Hajah Nor Liza bt Abdul Mubin, sempat memberi amanat dan harapan sebelum penyerahan bendera kontinjen kepada wakil Kontinjen, Chef Muhamad Akmal Mohamed Ali.

Malaysia Culinary Worldcup merupakan platform bagi para peserta dari seluruh dunia mempamerkan seni Gastronomi dan Kulinari dari negara dan budaya yang berbeza. Dianggarkan seramai 500 peserta akan mengambil tempat bagi pertandingan khusunya dalam bidang kulinari dan bakeri.

Kontinjen dari KYP Advanced Skills terdiri daripada yang 5 tenaga pengajar bertanding, 2 staf pengiring, 15 pelajar bertanding serta 10 yang membantu.

Warga KYP Advanced Skills mendoakan kejayaan semua peserta dalam pertandingan tersebut . Selamat maju jaya diucapkan!

Dari Pahang Kami datang
Ilmu dan kemahiran kami julang
Kita akan terus berjuang
Sampai kita jadi pemenang


"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Antara tetamu yang hadir pada kunjung hormat di KYP Advanced Skills yang diwakili oleh Y.Bhg Hajah Nor Liza bt Abdul Mubin, selaku Pengurus Besar KYP Skills Sdn Bhd pada hari ini:

1. Ts. Dr Aruna binti Ismail @ Abd Wahab - Pengarah Bahagian Pentauliahan JPK
2. En. Azhar Darbi - Naib Presiden - Sumber Manusia Mcdonalds Malaysia
3. En. Fairul Mohd - Ketua / Pengarah Pengambilan & Pusat Perkhidmatan Penghantaran Mcdonalds
4. En. Rosli Salim - Pengurus Pengambilan McDonalds

Pertemuan rasmi antara KYP Advanced Skills dan McDonalds Malaysia yang diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi memperkasakan perlaksanaan program kemahiran dan penempatan kerjaya di kalangan belia. Pertemuan ini merupakan sebuah platform baharu bagi pihak kolej untuk meneroka peluang-peluang kerjaya dan penempatan sumber manusia di McDonalds Malaysia.

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Unit Jaminan Kerjaya di bawah Jabatan Korporat dan Pembangunan Perniagaan membuat penyerahan set keperluan harian kepada peserta TTO orang asli sebelum melapor diri di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor.

Sumbangan prihatin ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Pahang bagi mengurangkan kos sara hidup peserta orang asli sebelum memulakan sesi latihan dan seterusnya akan diserap bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills

KYP Skills Sdn Bhd, merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang (YP) yang menerajui bidang kemahiran (TVET) dan jaminan kerjaya telah mendapat Anugerah Perak di Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 Peringkat Kebangsaan yang diadakan julung kalinya di Malaysia.

Ini merupakan penyertaan pertama bagi KYP Skills di AIGA dan merupakan kejayaan berganda setelah diiktiraf dengan pensijilan ISO37001 2016:Sistem Pengurusan Anti Rasuah oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada tahun yang sama. Anugerah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim kepada Pengurus Besar KYP Skills Sdn Bhd YBhg Hajah Nor Liza bt Abdul Mubin dalam majlis gemilang di IIM malam tadi. Turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri II, YAB Datuk Seri Fadillah Yusuf mewakili Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

AIGA 2022 mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menunjukkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus dan anti rasuah dalam organisasi. Sebanyak 142 organisasi daripada agensi kerajaan, syarikat multinasional (MNC), syarikat awam berhad (PLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyertai pertandingan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah KYP Skills Sdn Bhd yang sentiasa memberi idea bernas dan menyokong segala usaha KYP Skills dalam memartabatkan integriti di kalangan warga kerja. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurus Besar, barisan Pengurusan yang mengemudi organisasi, Pegawai Integriti dan Ahli Jawatankuasa SPAR, serta seluruh wargakerja KYP Skills Sdn. Bhd. Syabas diatas kejayaan ini!

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Wednesday, 15 February 2023 07:47

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

Seluruh warga kerja Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills mendoakan kesemua 136 calon yang sedang menduduki peperiksaan akhir, dapat menjawab soalan Teori & Amali dengan tenang, dan dipermudahkan.

"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills

KYP Skills Sdn Bhd hari ini telah menerima penghargaan selaku rakan industri yang bekerjasama dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) & CIDB di Majlis Graduasi yang diadakan di Dewan Besar ABM Wilayah Timur, Terengganu. Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan graduan ABM Wilayah Timur, sekaligus mengiktiraf para pelatih ini sebagai tenaga pekerja mahir.

Bersempena Majlis Graduasi ini, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad telah berkesempatan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada rakan-rakan kolaborasi atas pelbagai usahasama yang dijalankan bersama CIDB Wilayah Timur. Y.Bhg Hajah Nor Liza bt Abdul Mubin, selaku Pengurus Besar KYP Skills Sdn Bhd, telah menerima penghargaan tersebut pagi tadi. Dengan usahama berterusan ini, KYP Skills Sdn Bhd diharap dapat terus diberi peluang bagi menerajui industri ini kepada golongan belia bagi mendalami kemahiran industri binaan, membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan.

Pada sebelah petang, Pengurus Besar sempat beramah mesra dengan pelatih-pelatih Tahfiz Mahir Yayasan Pahang (Facility Management) sesi Februari 2023.

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Penyertaan pelajar dan pensyarah bagi program penanaman pokok dijalankan sempena Sambutan Hari Radio Sedunia 2023 anjuran bersama Pejabat Perhutanan Negeri Pahang dan RTM dengan kerjasama beberapa IPTA dan IPTS sekitar Pahang termasuk KYP Advanced Skills anjuran RTM Pahang.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Pahang. Inisiatif lain adalah dengan melaksanakan tanggungjawab korporat sosial (CSR) dalam menyumbang terhadap kelestraian alam sekitar dengan menanam 1000 anak pokok di Pantai Kempadang yang dibantu oleh para pelajar IPTA/IPTS.

Dengan program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan menyemai budaya sayangkan bumi!

"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills

Alhamdulillah! Only Classic Barber Battle 2023 telah melabuhkan tirai di The Curve Damansara, Selangor selama 2 hari. Pertandingan penggayaan rambut bertema Only Classic yang diadili oleh juri antarabangsa seperti Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia & Malaysia telah mendapat penyertaan dari dalam & luar negara.

Seramai 100 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada individu dan juga wakil dari pelajar IPT. KYP Advanced Skills tidak ketinggalan menghantar 5 pelajar dari Program Barbering Couse & Training yang terdiri daripada :

1. Md Faiz Bin Md Yusop
2. Ahmad Zahier Marzukies Bin Zukies
3. Ahmad Mansor Asyaraf Bin Za Shari
4. Amirul Syafiq Haikal Bin Badaruddin
5. Syed El Hassan Bin Syed Atikullah

Tahniah di ucapkan kepada Ahmad Mansor Asyaraf Bin Za Shari yang telah meraih tempat PERTAMA yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5000. Beliau merupakan pelajar di bawah tajaan penuh Yayasan Pahang dalam bidang Barbering Course & Training dan sekarang bekerja sebagai penggunting rambut di Flesh & Blood Kuantan, Pahang.

Tahniah & Syabas diucapkan !!

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Festival Styla Hair & Beauty anjuran Bumiputera Hairdressing Association akan diadakan pada 11 – 12 Februari 2023 (Sabtu dan Ahad) bertempat di The Curve Selangor.

Lima (5) orang peserta dibawah Program Jaminan Kerjaya_Barbering Course and Training telah terpilih untuk ke pertandingan Only Classic Barber Battle iaitu :

1. Md Faiz Bin Md Yusop
2. Ahmad Zahier Marzukies bin Zukies
3. Ahmad Mansor Asyraf bin Za Shari
4. Amirul Syafiq Haikal Bin Badaruddin
5. Syed El Hassan Bin Syed Atikullah.

Tujuan perjumpaan bersama Pengurus Besar, Pn Hajjah Nor Liza Binti Abd Mubin adalah untuk memberikan sedikit motivasi dan semangat kepada kalangan peserta untuk melakukan yang terbaik. Warga KYP AS mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya buat semua!!

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Go to top