LAWATAN KUNJUNG HORMAT DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) DAN MCDONALDS MALAYSIA
Antara tetamu yang hadir pada kunjung hormat di KYP Advanced Skills yang diwakili oleh Y.Bhg Hajah Nor Liza bt Abdul Mubin, selaku Pengurus Besar KYP Skills Sdn Bhd pada hari ini:
1. Ts. Dr Aruna binti Ismail @ Abd Wahab - Pengarah Bahagian Pentauliahan JPK
2. En. Azhar Darbi - Naib Presiden - Sumber Manusia Mcdonalds Malaysia
3. En. Fairul Mohd - Ketua / Pengarah Pengambilan & Pusat Perkhidmatan Penghantaran Mcdonalds
4. En. Rosli Salim - Pengurus Pengambilan McDonalds
Pertemuan rasmi antara KYP Advanced Skills dan McDonalds Malaysia yang diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi memperkasakan perlaksanaan program kemahiran dan penempatan kerjaya di kalangan belia.
Pertemuan ini merupakan sebuah platform baharu bagi pihak kolej untuk meneroka peluang-peluang kerjaya dan penempatan sumber manusia di McDonalds Malaysia.
"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills