+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Jan 19, 2023 574times
Featured

KYP SKILLS SDN BHD MEMENANGI PERAK DI ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTI RASUAH (AIGA) 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN

KYP Skills Sdn Bhd, merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang (YP) yang menerajui bidang kemahiran (TVET) dan jaminan kerjaya telah mendapat Anugerah Perak di Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 Peringkat Kebangsaan yang diadakan julung kalinya di Malaysia.

Ini merupakan penyertaan pertama bagi KYP Skills di AIGA dan merupakan kejayaan berganda setelah diiktiraf dengan pensijilan ISO37001 2016:Sistem Pengurusan Anti Rasuah oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada tahun yang sama. Anugerah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim kepada Pengurus Besar KYP Skills Sdn Bhd YBhg Hajah Nor Liza bt Abdul Mubin dalam majlis gemilang di IIM malam tadi. Turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri II, YAB Datuk Seri Fadillah Yusuf mewakili Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

AIGA 2022 mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menunjukkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus dan anti rasuah dalam organisasi. Sebanyak 142 organisasi daripada agensi kerajaan, syarikat multinasional (MNC), syarikat awam berhad (PLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyertai pertandingan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah KYP Skills Sdn Bhd yang sentiasa memberi idea bernas dan menyokong segala usaha KYP Skills dalam memartabatkan integriti di kalangan warga kerja. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurus Besar, barisan Pengurusan yang mengemudi organisasi, Pegawai Integriti dan Ahli Jawatankuasa SPAR, serta seluruh wargakerja KYP Skills Sdn. Bhd. Syabas diatas kejayaan ini!

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Go to top