+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Oct 29, 2023 146times
Featured

PROGRAM ANAK MUDA SAYANG BUMI BERMULA

PROGRAM ANAK MUDA PAHANG SAYANG BUMI BERMULA

28 Oktober - Projek Perumahan Rakyat untuk Disewa (PPRS) Pinggiran Putra, Kuantan menjadi destinasi pertama siri jelajah PROGRAM ANAK MUDA PAHANG BUMI 2023. Seramai lebih kurang 400 turut menyertai program ini.

Program anjuran Yayasan Pahang (YP) dengan kerjasama Kolej Advanced Skill Yayasan Pahang (KYPAS), Majlis Belia Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), SWCorp Malaysia, dan Jabatan Pertanian Negeri Pahang ini dirasmikan oleh YH Dato' Wan Solihi Bin Haji Wan Hassan selaku Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuantan. Program ini bertujuan memupuk kesedaran orang ramai khasnya anak muda untuk menyayangi dan memulihara ekosistem alam sekitar setempat.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program ini adalah
- penanaman pokok
- pemeriksaan kesihatan
- ceramah bertajuk ‘Ancaman Jenayah Komesil dan Penipuan Siber’, ‘Kesihatan Persekitaran dan Kempen Cegah Wabak Denggi’, dan ‘Kesedaran dan Survival Keselamatan di Perumahan Strata’,
- persembahan pancaragam oleh Sekolah MGSS
- aktiviti sukaneka, aktiviti jualan dan pameran.

*Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi 2023* akan menjelajah ke 10 daerah di Negeri Pahang bermula minggu hadapan. Tunggu kehadiran kami di tempat aokmer yak!

"We train skills, we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Go to top