+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Super User

Super User

PELAJAR TAHFIZ MAHIR KURSUS KULINARI & MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) YP ADVANCED SKILLS (YPAS) MENYANTUNI GOLONGAN RENTAN DI KUANTAN

26 Mac – Alhamdulillah, dengan berbaki beberapa hari lagi di bulan Ramadhan, Pelajar Tahfiz Mahir Kursus Kulinari bersama Majlis Perwakilan Pelajar YPAS mengambil inisiatif menyantuni golongan rentan di sekitar bandar Kuantan.

Sebanyak 150 pek makanan yang mengandungi nasi, roti dan air telah berjaya disediakan oleh pelajar di bawah bimbingan Chef Yusof. Agihan makanan kemudiannya dilakukan oleh MPP dengan dibantu oleh kakitangan yang turut serta dalam program ini.

Semoga perkongsian kecil ini dapat meringankan sedikit beban mereka yang memerlukan serta menjadi asbab untuk kita semua lebih mensyukuri nikmat dan mengamalkan budaya memberi.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Wednesday, 26 March 2025 15:31

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & CERAMAH RAMADAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & CERAMAH RAMADAN

25 Mac 2025 – Telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Ramadan yang melibatkan kakitangan YP Advanced Skills. Majlis telah didahului dengan Majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh 19 orang kakitangan dan diketuai oleh En Hafilzudin bin Othman.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Hamizi Bin Jamaluddin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang, bertajuk "Rahsia Keberkatan & Kemuliaan Ramadhan".

Majlis akhirnya dilengkapi dengan pemberian cenderahati dan ole-ole raya daripada YP Advanced Skills (YPAS) dan Kelab Kakitangan Advanced Skills (KKAS) kepada semua kakitangan yang disampaikan oleh Pn Hajah Nor Liza Binti Abd Mubin, Pengurus Besar YPAS bersama En. Muhammad Amir Fikri b Muhammad Khir, Pengerusi KKAS.

Semoga majlis seperti ini dapat dimanfaatkan dan memupuk rasa cinta terhadap kitab suci Al-Quran serta diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

CERAMAH AGAMA: "BERSUCI BUKAN SEKADAR AIR, TAPI JUGA JIWA"

21 Mac - Alhamdulillah, petang Jumaat yang penuh barakah, kakitangan muslimat YP Advanced Skills berpeluang menimba ilmu dalam satu majlis yang begitu bermakna.

Bagi menambah seri, majlis mengundang Ustazah Intan Salwaa Binti Hassan, penceramah Radio Malaysia Pahang FM, yang sudi berkongsi mutiara ilmu tentang makna sebenar kesucian, bukan hanya dari segi zahir, tetapi juga dalam membersihkan hati dan jiwa. Majlis ilmu ini ibarat taman syurga di dunia, tempat di mana hati disuburkan dengan cahaya keimanan, dan jiwa dibersihkan daripada kelalaian. Semoga setiap ilmu yang dikongsi menjadi cahaya yang membimbing kita ke jalan yang diredai-Nya.

Jazakumullah khair kepada semua yang hadir. Moga kita terus istiqamah mencari ilmu dan memperbaiki diri.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK OLEH UNIT HAL EHWAL PELAJAR YP ADVANCED SKILLS

20 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) YP Advanced Skills telah mengagihkan sebanyak 1050 bekas bubur lambuk kepada pelajar, kakitangan, masjid, bazar sekitar, serta anak syarikat Yayasan Pahang. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan suasana Ramadan dan mengeratkan hubungan antara komuniti.

Program dimulakan pada jam 9 pagi dengan gotong-royong penyediaan bahan, memasak, serta membungkus bubur lambuk sebelum diagihkan kepada penerima. Puan Pengurus Besar YP Advanced Skills, Pn. Hajah Nor Liza binti Abd Mubin, bersama Pengurus Latihan Teknikal, Pn. Nani Masnida binti Nordin, turut hadir untuk memberi sokongan dan menyaksikan aktiviti memasak yang dijalankan sepenuhnya oleh kakitangan dan pelajar.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan rasa kesyukuran dan semangat berkongsi rezeki, terutamanya di kalangan pelajar YP Advanced Skills.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

YP ADVANCED SKILLS DAN SMACH VENTURE SDN. BHD. PERKUKUH KERJASAMA TEKNOLOGI PERTANIAN PINTAR MELALUI MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN (MoA)

YP Advanced Skills (YPAS) dan Smach Venture Sdn. Bhd. telah memeterai satu Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang teknologi pertanian pintar. Majlis menandatangani perjanjian ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Tingkat 6, Bangunan Yayasan Pahang.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi; Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajah Nor Liza binti Abd Mubin; Pengurus Korporat dan Pembangunan Perniagaan YP Advanced Skills, Encik Mohd Norsham Nisam bin Abd Malek; Pengarah Smach Venture, YH. Dato’ Ir. Thong Kok Sing; serta Pengurus Projek Smach Venture, YH. Dato' Luuk Rania.

Pertukaran memorandum telah disempurnakan oleh Puan Hajah Nor Liza binti Abd Mubin, Pengurus Besar YP Advanced Skills, bersama YH. Dato' Ir. Thong Kok Sing, Pengarah Smach Venture.

Perjanjian ini bertujuan memanfaatkan teknologi pertanian pintar (smart farming) sebagai inisiatif bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian tempatan, di samping melatih dan membangunkan usahawan dalam kalangan anak muda negeri Pahang.

Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak berhasrat untuk menyumbang secara aktif ke arah pembangunan sektor pertanian negara yang lebih mampan, inovatif dan berdaya saing di peringkat global.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

PROGRAM TAKLIMAT OLEH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

27 Februari - Pasukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuantan telah mengadakan sesi taklimat dan membuka kaunter bergerak bertempat di YP Advanced Skills, Kuantan.

Taklimat ini telah disertai oleh seramai 118 orang pelatih dan telah disampaikan oleh Puan Rasnah binti Osman selaku Relationship Advisor, KWSP Kuantan.

Program ini bertujuan untuk memudahkan urusan berkaitan KWSP seperti pendaftaran ahli baru, pengaktifan i-Akaun, pendaftaran penamaan, pendaftaran simpanan Shariah, pengeluaran yang dibenarkan serta memberikan khidmat nasihat kepada pencarum.

Terima kasih diucapkan kepada pihak KWSP keranan sudi untuk meluangkan masa bagi memberi taklimat seterusnya menjalankan pendaftaran kepada pelatih yang masih belum membuka akaun. Diharapkan program ini dapat memberikan informasi bermanfaat kepada semua pelatih yang hadir dalam merancang dan menguruskan simpanan persaraan dengan lebih baik.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

PENDAFTARAN PELATIH JAMINAN KERJAYA AMBILAN FEBRUARI 2025

26 Februari - Alhamdulillah harini telah berlangsung sesi pendaftaran Pelatih Program Jaminan Kerjaya bertempat di YP Advanced Skills, Kuantan.

Seramai 220 orang pelatih telah berjaya mendaftar masuk ke program kali ini dengan melibatkan 5 kursus iaitu:

Hospitality Services in Offshore and Oil & Gas
Maritime Catering and Service
Barbering Course and Training
Live Hosting
Scaffolding Level 1

Program ini turut mendapat sokongan padu daripada dua badan penaja utama iaitu Yayasan Pahang dan Maybank Islamic Berhad (MIB), yang komited dalam membantu para belia mencapai masa depan yang lebih cerah.

Sepanjang sesi hari ini, peserta telah menghadiri taklimat pendaftaran, taklimat tajaan, dan taklimat asrama, sebelum meneruskan proses pendaftaran rasmi dan bergerak ke asrama masing-masing.

Semoga setiap pelatih mendapat manfaat dan berjaya dalam bidang yang diceburi! Selamat maju jaya.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Tuesday, 25 February 2025 05:34

MAJLIS KONVOKESYEN IMPAC Ke-9

MAJLIS KONVOKESYEN IMPAC Ke-9

YP Advanced Skills mengucapkan tahniah kepada 18 pelatih Harvesting Specialist, dengan Faiz Daniel bin Zainudin dinobatkan sebagai pelatih terbaik bahagian "Harvesting Specialist" sempena Konvokesyen IMPAC Ke-9 di Hotel Everly, Putrajaya.

Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani menegaskan kepentingan transformasi industri perladangan melalui teknologi, automasi, dan AI bagi menarik minat belia terhadap sektor yang mencabar. Program ini, hasil kerjasama YP Advanced Skills dan FGV Holdings Berhad, membuka peluang pekerjaan stabil dan berkemahiran tinggi kepada belia tempatan. Kerajaan turut memperkukuh kerjasama industri melalui program CSR, di mana setiap syarikat menawarkan pekerjaan kepada 20 pelatih IMPAC dengan gaji lebih kompetitif.

Majlis turut dihadiri oleh pegawai kanan Kementerian Perladangan dan Komoditi serta wakil IMPAC dan YP Advanced Skills.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

SESI SARINGAN PROGRAM JAMINAN KERJAYA HARVESTING SPECIALIST

19 Februari - Alhamdullilah selesai sudah sesi saringan selama 2 hari kursus Harvesting Specialist tajaan IMPAC berlangsung di pejabat PLASMA MPOB Lahad Datu, Sabah. Seramai 52 orang calon hadir bagi pengambilan Batch 3 yg akan bermula bulan April 2025.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

KURSUS UNDERSTANDING E-INVOICING SYSTEM & REGULATION

18 Februari - Seramai 35 kakitangan YP Advanced Skills telah menyertai kursus Understanding E-Invoicing System & Regulation yang disampaikan oleh Encik Mohd Rozlan Mohamed Ali dari Netserv Training Resources bertempat di dewan serbaguna YP Advanced Skills Kuantan. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan berkenaan proses E-Invoice, panduan penggunaan sistem E-Invoice (LHDN) serta membantu kakitangan memahami konsep E-Invoice dan perlaksanaan yang betul mengikut keperluan LHDN. Diharap dengan berjalannya kursus ini dapat memberi nilai tambah kepada kakitangan terlibat khususnya dari jabatan kewangan untuk bersedia dan menambahbaik sistem sedia ada.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Go to top