MAJLIS KONVOKESYEN IMPAC Ke-9
MAJLIS KONVOKESYEN IMPAC Ke-9
YP Advanced Skills mengucapkan tahniah kepada 18 pelatih Harvesting Specialist, dengan Faiz Daniel bin Zainudin dinobatkan sebagai pelatih terbaik bahagian "Harvesting Specialist" sempena Konvokesyen IMPAC Ke-9 di Hotel Everly, Putrajaya.
Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani menegaskan kepentingan transformasi industri perladangan melalui teknologi, automasi, dan AI bagi menarik minat belia terhadap sektor yang mencabar.
Program ini, hasil kerjasama YP Advanced Skills dan FGV Holdings Berhad, membuka peluang pekerjaan stabil dan berkemahiran tinggi kepada belia tempatan. Kerajaan turut memperkukuh kerjasama industri melalui program CSR, di mana setiap syarikat menawarkan pekerjaan kepada 20 pelatih IMPAC dengan gaji lebih kompetitif.
Majlis turut dihadiri oleh pegawai kanan Kementerian Perladangan dan Komoditi serta wakil IMPAC dan YP Advanced Skills.
"We Train Skills, We Hire Attitude"




