YP ADVANCED SKILLS DAN SMACH VENTURE SDN. BHD. PERKUKUH KERJASAMA TEKNOLOGI PERTANIAN PINTAR MELALUI MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN (MoA)
YP ADVANCED SKILLS DAN SMACH VENTURE SDN. BHD. PERKUKUH KERJASAMA TEKNOLOGI PERTANIAN PINTAR MELALUI MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN (MoA)
YP Advanced Skills (YPAS) dan Smach Venture Sdn. Bhd. telah memeterai satu Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang teknologi pertanian pintar. Majlis menandatangani perjanjian ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Tingkat 6, Bangunan Yayasan Pahang.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi; Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajah Nor Liza binti Abd Mubin; Pengurus Korporat dan Pembangunan Perniagaan YP Advanced Skills, Encik Mohd Norsham Nisam bin Abd Malek; Pengarah Smach Venture, YH. Dato’ Ir. Thong Kok Sing; serta Pengurus Projek Smach Venture, YH. Dato' Luuk Rania.
Pertukaran memorandum telah disempurnakan oleh Puan Hajah Nor Liza binti Abd Mubin, Pengurus Besar YP Advanced Skills, bersama YH. Dato' Ir. Thong Kok Sing, Pengarah Smach Venture.
Perjanjian ini bertujuan memanfaatkan teknologi pertanian pintar (smart farming) sebagai inisiatif bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian tempatan, di samping melatih dan membangunkan usahawan dalam kalangan anak muda negeri Pahang.
Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak berhasrat untuk menyumbang secara aktif ke arah pembangunan sektor pertanian negara yang lebih mampan, inovatif dan berdaya saing di peringkat global.
"We Train Skills, We Hire Attitude"






