
Super User
LAPOR DIRI PERANTIS TEKNOLOGI KIMPALAN 6G
LAPOR DIRI PERANTIS TEKNOLOGI KIMPALAN 6G
16 Februari - Alhamdulillah, seramai 25 orang pelatih telah melaporkan diri di TWI Training Centre, Shah Alam bagi memulakan latihan dalam bidang Teknologi Kimpalan 6G.
Latihan ini akan berlangsung selama satu bulan, di mana para peserta akan didedahkan dengan kemahiran dan teknik kimpalan bertaraf antarabangsa.
Program ini turut mendapat tajaan penuh daripada Yayasan Pahang dan Maybank Islamic, sebagai inisiatif untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri.
Semoga semua pelatih memanfaatkan peluang ini dan berjaya dalam bidang yang diceburi!
"We Train Skills, We Hire Attitude"




TAKLIMAT PROGRAM LATIHAN KERJAYA TAHFIZ MAHIR KEPADA PELAJAR PETAMA
TAKLIMAT PROGRAM LATIHAN KERJAYA TAHFIZ MAHIR KEPADA PELAJAR PETAMA
14 Februari - Seramai 30 orang pelajar Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) bersama guru pengiring telah hadir ke YP Advanced Skills bagi taklimat mendengan taklimat Program Latihan Kerjaya Tahfiz Mahir Yayasan Pahang 2025.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang latihan kemahiran yang ditawarkan secara percuma khusus pelajar lepasan tahfiz serta peluang kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian.
Sepanjang sesi taklimat ini juga, para pelajar turut didedahkan dengan modul latihan, kemudahan yang disediakan, serta pengalaman alumni yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
"We Train Skills, We Hire Attitude"



PENDAFTARAN SIJIL DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DI YP ADVANCED SKILLS
PENDAFTARAN SIJIL DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DI YP ADVANCED SKILLS
10 Februari - Seramai 61 peserta telah hadir untuk Pendaftaran Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia yang diadakan di YP Advanced Skills, Kuantan.
Program ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Akademik, Tajaan, dan Teknologi Maklumat. Seterusnya, pendaftaran dirasmikan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin.
Sebanyak 8 kursus telah dibuka untuk pendaftaran pada sesi kali ini, termasuk 3 kursus untuk pelajar baharu dan 5 kursus untuk pelajar yang ingin menyambung tahap pengajian mereka.
Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan dengan lancar, bermula dari taklimat, semakan dokumen, pembayaran yuran, sehingga kepada penempatan di asrama.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendaftar! Semoga perjalanan pembelajaran di YP Advanced Skills ini menjadi titik permulaan kejayaan anda dalam bidang kemahiran.
"We Train Skills, We Hire Attitude"









KUNJUNGAN HAVAS HOLDING KE YP ADVANCED SKILLS
KUNJUNGAN HAVAS HOLDING KE YP ADVANCED SKILLS
6 Februari - Hari ini, YP Advanced Skills dengan bangganya menerima kunjungan daripada wakil HAVAS Holding, iaitu Ziyodillo Mirzamoydinov, Azizjon Dadanavey, dan Dr Azu Shahadan.
Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin, Pengurus Besar YP Advanced Skills, bersama Puan Nani Masnida binti Nordin, Pengurus Latihan Teknikal, serta dua wakil dari Yayasan Pahang.
Dalam lawatan ini, delegasi HAVAS Holding berpeluang melawat Makmal Retort, mencuba sendiri produk makanan retort, serta menyaksikan demonstrasi penyediaan teknologi pemprosesan makanan ini.
Terima kasih kepada HAVAS Holding atas kunjungan ini. Semoga pertemuan ini membuka peluang kolaborasi yang bermanfaat untuk masa depan.
"We Train Skills, We Hire Attitude"







MAJLIS PENUTUPAN & PENYERAHAN PELAN STRATEGIK PERBADANAN STADIUM DARUL MAKMUR (PSDM) 2025-2030
MAJLIS PENUTUPAN & PENYERAHAN PELAN STRATEGIK PERBADANAN STADIUM DARUL MAKMUR (PSDM) 2025-2030
5 Februari – Kursus Pelaksanaan tahun pertama Pelan Strategik PSDM 2025-2030 telah berjaya disempurnakan, diikuti dengan Majlis Penutup dan Penyerahan Pelan Strategik.
Pelan ini disampaikan oleh Encik Mohd Norsham Nisam bin Abd Malik, Pengurus Jabatan Korporat & Pembangunan Perniagaan YP Advanced Skills, kepada Encik Izad Zainal bin Muhammad Safian, Pengurus PSDM.
Pelan ini merangkumi hala tuju, strategi utama, dan inisiatif bagi tempoh lima tahun akan datang.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga pelan ini menjadi pemangkin kemajuan PSDM untuk masa depan.
"We Train Skills, We Hire Attitude"

.jpg)



SESI LAPOR DIRI PELATIH TENAGA MAHIR PELABUHAN BATCH 2/2025
SESI LAPOR DIRI PELATIH TENAGA MAHIR PELABUHAN BATCH 2/2025
Alhamdulillah, sesi lapor diri bagi pelatih Program Tenaga Mahir Pelabuhan Batch 2/2025 telah berjaya dijayakan hari ini di Westport Malaysia Sdn. Bhd. dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd.
Seramai 29 orang pelatih telah melapor diri di Westport, manakala 32 orang lagi di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Untuk makluman, kesemua pelatih dalam program ini terdiri daripada golongan asnaf dan B40, serta menerima tajaan penuh daripada Yayasan Pahang dan Zakat Maybank.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih cerah buat para pelatih.
"We Train Skills, We Hire Attitude"




PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR TAHFIZ MAHIR OFFSHORE
PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR TAHFIZ MAHIR OFFSHORE
Seramai 4 pelatih tahfiz mahir offshore telah menjalani peperiksaan akhir modular CU 9 "Catering Activities" yang bertemakan masakan melayu pada 28 Januari bertempat di studio kitchen, YP Advanced Skills, Kuantan.
Alhamdulillah kesemuanya telah lulus terampil dan bersedia untuk menjalani praktikal di pelantar minyak sebelum diserap bekerja.
"We Train Skills, We Hire Attitude"




SESI VERIFIKASI PORTFOLIO DAN PEPERIKSAAN AKHIR
SESI VERIFIKASI PORTFOLIO DAN PEPERIKSAAN AKHIR
Satu sesi verifikasi dan perperiksaan akhir Sijil Kemahiran Malaysia telah dijalankan pada 21-24 Januari 2025 bertempat di YP Advanced Skills.
Seramai 146 orang calon dari 3 kursus iaitu Kulinari, Bakeri dan Pengurusan Pejabat terlibat dan kesemua calon telah lulus dan kompeten.
Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah berjaya.
"We Train Skills, We Hire Attitude"







MESYUARAT KERJASAMA YP ADVANCED SKILLS & MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS)
MESYUARAT KERJASAMA YP ADVANCED SKILLS & MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS)
23 Januari 2025 | YP Advanced Skills telah mengadakan mesyuarat penting bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang berlangsung di pejabat MAINS. Mesyuarat ini dihadiri oleh Encik Mohd Norsham Nisam bin Abd Malik, Pengurus Korporat & Pembangunan Perniagaan YP Advanced Skills, Encik Hassan bin Rosli, Encik Shamsul Azlan bin Ismail, Encik Mahadi bin Ali, Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Puan Norhafizah binti Daud, Encik Mohd Irfan Aqil bin Kamaruddin, dan Puan Halina binti Mohd Noor.
Perbincangan utama mesyuarat ini tertumpu kepada perancangan kerjasama untuk melaksanakan program jaminan kerjaya yang bertujuan memperkasa golongan asnaf dengan kemahiran yang relevan dan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Kerjasama ini diharap dapat memberi impak positif, khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan golongan asnaf melalui peluang kerjaya yang lebih baik dan berterusan.
"We Train Skills, We Hire Attitude"


RECERTIFICATION AUDIT ISO 9001:2015 QMS & SURVEILLANCE 2 AUDIT ISO 37001:2016 ABMS
RECERTIFICATION AUDIT ISO 9001:2015 QMS & SURVEILLANCE 2 AUDIT ISO 37001:2016 ABMS
21-22 Januari 2025 - YP Advanced Skills telah menjalani Recertification Audit ISO 9001:2015 QMS dan Surveillance 2 Audit ISO 37001:2016 ABMS oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Proses audit ini telah berlangsung secara serentak selama dua hari.
Sesi audit ini dijalankan oleh 3 orang Auditor SIRIM meliputi kedua-dua pensijilan yang diketuai oleh En. Khalid bin Saleman bersama En. Mohd Hisyam bin Mahadi dan Dr. Sethuraman Ramasamy.
Sesi pembukaan dan penutup audit telah dipengerusikan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajah Nor Liza bt Abd Mubin.
Alhamdulillah, YP Advanced Skills telah berjaya disyorkan Pensijilan Semula bagi ISO 9001:2015 QMS dan meneruskan pensijilan ISO 37001:2016 ABMS tanpa sebarang ketakakuran (NCR).
Beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan oleh auditor bagi memantapkan lagi QMS dan ABMS di YP Advanced Skills.
"We Train Skills, We Hire Attitude"




