MAJLIS GRADUASI LIVE HOSTING BATCH 1
MAJLIS GRADUASI LIVE HOSTING BATCH 1
27 Jun 2024 - Satu Majlis Graduasi Live Hosting Batch 1 telah diadakan bertempat di Zenith Hotel Kuantan, Pahang.
Majlis graduasi telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi, dan turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato’ Dr Hj Zulkifle Bin Hj Ali Al Hafiz, Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin, serta Dr Hajjah Azuraida binti Shahadan dari Dr Azu Academy.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan 20 orang pelatih yang telah berjaya menamatkan pengajian selama sebulan di YP Advanced Skills, di bawah Program Live Hosting.
Kesemua 20 ini pelatih merupakan anak Pahang dan pemastautin tetap di Pahang serta berumur dari lingkungan 18 tahun sehingga 45 tahun.
Sepanjang mengikuti program ini, kesemua pelatih telah dilatih serta diterapkan dengan latihan praktikal dan teknik yang betul untuk menjadi seorang pempengaruh sosial media yang baik serta beretika di dalam menghasilkan “content’ untuk jualan sesuatu produk.
Program Live Hosting ini adalah merupakan salah satu program di bawah Program Jaminan Kerjaya dengan usahasama antara YP Advanced Skills dan Dr Azu Academy serta mendapat tajaan penuh dari Yayasan Pahang.
Sejurus tamat program, peserta diberi peluang bekerja sebagai live host di syarikat yang telah dipilih dan juga diberi peluang untuk mencuba di syarikat yang memerlukan khidmat live host bagi menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Semoga dengan wujudnya program seperti ini dapat membantu anak muda di luar sana khususnya anak Pahang untuk menceburi bidang perkerjaan yang semakin mendapat tempat di luar sana disamping membantu mereka supaya lebih kreatif dan berani untuk menggandakan pendapatan.








