LAWATAN PEMANTAUAN PELATIH PROJEK RINTIS “PLANTATION TECHNICIAN”
LAWATAN PEMANTAUAN PELATIH PROJEK RINTIS “PLANTATION TECHNICIAN” OLEH TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERLADANGAN & KOMODITI
10 Julai 2024 - Satu kunjungan hormat daripada perwakilan Kementerian Perladangan & Komoditi, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan), Dato’ Abdul Hadi Omar dan Setiausaha Bahagian (Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri) serta pegawai-pegawai.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IMPAC, Pn. Nazatul Niza binti Nordin, Pengurus Besar YP Advanced Skills, Pn. Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Plantations (Malaysia), En Hamdan bin Ismail.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelatih baharu yang sedang mengikuti latihan selama 3 bulan. Seramai 20 orang pelatih tempatan yang datang dari pelbagai negeri termasuk 7 orang asli (OA) telah menyertai projek ini melalui kerjasama IMPAC dan YP Advanced Skills beserta rakan industri FGV Plantations (Malaysia).
Antara tujuan lawatan adalah untuk melihat ladang FGV Plantations di Felda Palong 20, kediaman peserta dan tahap kemajuan latihan para peserta bagi program ini.
Diharap dengan adanya program seperti ini dapat memberi impak yang positif disamping menarik minat orang ramai untuk menyertai serta meningkatkan lagi industri perladangan di Malaysia.













