+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Super User

Super User

TAKLIMAT DARIPADA PUSAT KUTIPAN ZAKAT NEGERI PAHANG

31 Mei - Satu taklimat berkenaan zakat pendapatan telah diadakan di Bilik 9, YP Advanced Skills, Kubang Buaya Kuantan, Pahang.

Taklimat pada kali ini telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Wan Mohd Napi bin Wan Sulaiman, Penolong Pengurus Zon Timur PKZ Pahang dan disertai oleh kakitangan YP Advanced Skills.

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pencerahan kepada kakitangan berkenaan zakat pendapatan, siapa yang layak serta kadar pengiraan untuk potongan.

Diharap perkongsian kali ini dapat membantu kakitangan untuk lebih terbuka menunaikan kewajiban masing-masing bagi penyucian harta.

MAJLIS PENDAFTARAN PROGRAM JAMINAN KERJAYA 2024

30 Mei 2024 - Majlis Pendaftaran Program Jaminan Kerjaya 2024 telah diadakan di YP Advanced Skills, Kubang Buaya Kuantan. Seramai 200 orang belia bersama ibu bapa serta penjaga daripada seluruh daerah Negeri Pahang telah hadir untuk mendaftar dalam program ini.

Majlis yang julung kalinya diadakan ini, telah dirasmikan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza Binti Abd. Mubin.

Majlis Pendaftaran Program Jaminan Kerjaya 2024, telah menawarkan lapan (? kursus kompetensi yang didatangkan dengan pakej penempatan kerja selepas tamat latihan. Antara kursus yang ditawarkan ialah Hospitality Services in Offshore and Oil & Gas, Barbering Course and Training, Live Hosting, Fiber Optic dan Welding 6G.

Program ini berkonsepkan ‘Train & Place’ iaitu pelatih diberi latihan mengikut keperluan industri dalam tempoh satu hingga tiga bulan sebelum ditempatkan ke majikan-majikan terpilih. Program ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pahang, melalui Yayasan Pahang, serta YP Advanced Skills sebagai badan pelaksana, telah banyak melahirkan belia-belia yang berjaya menempa nama dalam bidang-bidang yang diceburi sekaligus bertepatan dengan usaha kerajaan Negeri Pahang bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan belia Pahang. Program ini merupakan program yang sangat efektif dan membantu mengurangkan peratusan kadar pengangguran khususnya di Negeri Pahang.

Di harap program ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Thursday, 30 May 2024 16:40

BENGKEL CANVA MASTERCLASS

BENGKEL CANVA MASTERCLASS (PDPA)

KUANTAN, 30 Mei 2024 – Satu bengkel Canva Masterclass telah diadakan di Rumah Pahang, Yayasan Pahang, Kuantan.
Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi terkini yang boleh digunapakai oleh peserta bagi kegunaan sendiri atau pekerjaan masing-masing. Peserta mempelajari cara menghasilkan laman web menggunakan Canva, menghasilkan konten sosial media yang lebih menarik dan mendigitalkan bisnes seiring dengan peredaran zaman. Seramai 29 orang peserta telah berjaya menamatkan bengkel ini.

Semoga segala ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada peserta. Terima kasih diucapkan kepada peserta dan tenaga pengajar yang menjayakan bengkel ini.

“We Train Skills, We Hire Attitude”.

KURSUS OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH COORDINATOR (OSH COORDINATOR)

TAJUK KURSUS: Occupational Safety & Health Coordinator (OSH Coordinator)
TARIKH: 19-21 November 2024
TEMPAT: YP ADVANCED SKILLS, Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang
MASA: 8.00 pagi - 5.00 petang

OBJEKTIF KURSUS:
Untuk melahirkan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerja yang terlatih bagi memenuhi seksyen 29(A) Akta KKP (Pindaan) 2022 bagi tadbir urus hal ehwal KKP termasuk membantu majikan berkaitan pelaporan KKP, mentadbir dokumen KKP, mempromosi budaya KKP bagi memastikan tempat kerja yang selamat untuk para pekerja.

MANFAAT KURSUS:
- Sijil diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
- Didaftarkan dalam pangkalan dta MYKKP sebagai orang kompetan

SIAPA PERLU SERTAI:
- Kakitangan GLC
- Industri Perhotelan, Pembinaan
- Pekerja Latihan
- Penyelia
- Ketua Unit
- Pekerja Baharu
- Lepasan graduan & Pelajar TVET

KONSULTAN: En Mohd Khairul Nizam Bin Mohd Ismail
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 November 2024

YP ADVANCED SKILLS - WE TRAIN SKILLS, WE HIRE ATTITUDE

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU YP ADVANCED SKILLS 2024

24 Mei 2024 - Satu Majlis Sambutan Hari Guru 2024 telah diadakan di YP Advanced Skills, Kubang Buaya Kuantan. Majlis ini bertujuan untuk meraikan para pensyarah yang telah banyak mencurah bakti dan ilmu bagi memastikan kejayaan pelatih. Terima kasih, para pensyarah atas segala pengorbanan dan usaha yang telah anda lakukan. Selamat Hari Guru buat pensyarah YP Advanced Skills.

MESYUARAT DAN KUNJUNGAN HORMAT SIRIM BERHAD

21 Mei 2024 - Satu mesyuarat penyelarasan bersama SIRIM Berhad yang dipengerusikan oleh Pn. Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin, Pengurus Besar YP Advanced Skills telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama YP Advanced Skills. Turut mewakili SIRIM berhad Pn. Rohani binti Malik, Penolong Pengarah SIRIM, Pn. Mazlina binti Mangshor, Pengarah SIRIM Pahang, Pn. Haniza binti Kassim, Konsultan SIRIM QAS dan Cik Nor Masliza binti Romli, Senior Eksekutif Akademi Sirim.

Intipati mesyuarat ini adalah bagi membincangkan program usahasama antara YP Advanced Skills dan SIRIM Berhad untuk melahirkan tenaga kerja atau pelajar yang berkemahiran serta pengiktirafan daripada SIRIM khususnya di Negeri Pahang.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI YP ADVANCED SKILLS 2024

6 Mei 2024 / 27 Syawal 1445H - Telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di YP Advanced Skills pada hari ini. Majlis pada hari ini dimeriahkan dengan kehadiran jemputan-jemputan termasuk Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Yayasan Pahang serta anak-anak syarikat, wakil-wakil industri, kakitangan serta pelajar-pelajar YP Advanced Skills. YP Advanced Skills mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu-tetamu yang sudi hadir ke majlis kami. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dan jalinan industri.

KURSUS KESEDARAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PDPA)

30 April 2024 - Satu kursus berkenaan dengan Kesedaran Akta Perlindungan Data Peribadi telah dijalankan di YP Advanced Skills bertempat di bilik 9 bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 77 orang kakitangan YP Advanced Skills dan disampaikan oleh Dr. Cheryl Barr Kumarakulasinghe yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Seksyen Hal Ehwal Data Pengguna Data, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDP).

Objektif kursus kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta / kakitangan berkenaan proses kawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data agar ia digunakan dengan penuh integriti, selamat dan tidak disalahguna. Diharap para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu berkaitan perlindungan data dan dapat mengaplikasi ianya di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran yang selamat.

TAKLIMAT DARIPADA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

23 April 2024 - Satu taklimat kepada kakitangan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuantan telah diadakan bertempat di Bilik 9, YP Advanced Skills. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Wan Masrurah binti Manaf, Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuantan berkenaan caruman melebihi kadar berkanun, caruman sukarela dan i-lindung.

Turut hadir pada sesi taklimat ini adalah Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajah Nor Liza Binti Abd Mubin. Selain itu, turut dibuka kaunter di ruang lobi YP Advanced Skills bagi memudahkan kakitangan membuat semakan dan pertanyaan lanjut berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWSP. Diharap program seperti ini dapat meningkatkan kefahaman dan memberi manfaat buat kakitangan selaku pencarum KWSP.

Friday, 19 April 2024 08:16

KURSUS PENGENDALI MAKANAN

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Sijil Latihan Pengendali Makanan ini WAJIB untuk semua peniaga dan pekerja yang berkerja samada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri makanan TERMASUK peniaga online di rumah. Ketahui lebih jelas cara dan SOP handle makanan dengan cara yang betul dan paling SELAMAT melalui kursus ini.

Kursus akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
TEMPAT: Studio Kitchen,YP Advanced Skills
KAEDAH PEMBELAJARAN: Kelas bersemuka (SECARA FACE TO FACE)
YURAN: RM50 seorang / 3 jam

SIAPA YANG WAJIB HADIR KURSUS ?
1. Peniaga Bazar Ramadhan / Hotel / Resort / Restoran / Cafe
2. Kilang Makanan / Minuman
3. Kedai Makanan / Minuman / Medan Selera / Penjaja Makanan
4. Bakery / Kedai Kek / Katering
5. Tadika / Taska
6. Kantin Sekolah / Kilang / Hospital
7. Pasaraya / Pasar Malam / Pasar Tani / Bazar Ramadhan
8. Homemade Bakery / Berniaga Dirumah
9. Lain-lain (Mengendali /Memproses Makanan)

KENAPA PERLU JOIN KURSUS
Tenaga Pengajar yang berpengalaman
Sijil Sah Seumur Hidup, diiktiraf oleh KKM Serta Sah 1 Malaysia
Denda RM10 ribu atau penjara 2 tahun jika tiada sijil LPM ini

Tempat Adalah Terhad! Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan pegawai berikut:
Pn Sofea: 601116171433
Pn Hamidah : 60139494972
Pn Anisz : 601139130462
@YP Advanced Skills : 09-567 1333

Go to top