+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Super User

Super User

MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) & ANUGERAH TOKOH MAHIR (ATM) 2024

Satu majlis anjuran Kementerian Sumber Manusia ini telah disempurnakan oleh YAB Dato Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri pada 13 November 2024 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Majlis ini bertujuan untuk mengumumkan serta meraikan para pemenang pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) & World Skills Malaysia Pengajar (WSMP).

YP Advanced Skills telah mengungguli pingat gangsa bagi pertandingan akhir WSMB kategori cooking. Tahniah diucapkan kepada Nor Adilah Binti Rameli di atas pencapaian yang diraih.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

PENSIJILAN MeSTI (MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI)

28 Oktober - Telah berlangsung sesi audit pensijilan MeSTI dan pengiktirafan My Food Tag ke atas premis usahawan retort & bakeri di bawah seliaan YP Advanced Skills. Sesi audit dikendalikan sepenuhnya oleh 2 orang Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.

Pensijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) adalah satu skim yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu premis pengilangan makanan dalam memastikan keselamatan makanan yang dihasilkan. Manakala, My Food Tag adalah satu mekanisma pengukuhan kawalan keselamatan makanan dan kebolehkesanan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Premis makanan di check point / peringkat rantaian bekalan makanan yang memenuhi kriteria keselamatan makanan yang ditetapkan akan diberikan pengiktirafan melalui pemberian nombor pendaftaran MyFoodTag.

Melalui pensijilan dan pengiktirafan ini, premis pengilangan makanan akan dibimbing untuk membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan. Ini termasuk memastikan makanan yang dihasilkan tidak memudaratkan pengguna apabila dimakan.

YP Advanced Skills optimis ke arah menghasilkan produk berkualiti setanding dengan standard yang telah digariskan oleh KKM. Semoga dengan adanya pengiktirfan ini, mampu mengangkat produk jenama YPAS di peringkat global.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT EXCEL BASIC, INTERMEDIATE & ADVANCE | FAR EAST HOLDINGS BERHAD

16 OKTOBER 2024 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai "Kursus Jangka Pendek Microsoft Excel Basic, Intermediate & Advance" di Kompleks Chengal, Muadzam Shah, Pahang.

Kursus ini dihadiri oleh 30 orang kakitangan dari syarikat Far East Holding Berhad. Antara objektif kursus ini ialah :
i) Memperkenalkan pengguna baharu kepada asas penggunaan Excel.
ii) Memperdalam pengetahuan pengguna tentang fungsi dan alat yang lebih kompleks.
iii) Menguasai penggunaan Excel untuk analisis data yang lebih mendalam dan automasi.

Pelbagai faedah yang diperolehi daripada kursus ini iaitu peserta dapat mempelajari pengurusan data yang lebih teratur menggunakan features yang disediakan. Selain itu, peserta didedahkan dengan penggunaan data analisa menggunakan tools dan formula dengan lebih sistematik. Tambahan, peserta didedahkan dengan konsep keselamatan terhadap cells, worksheets dan workbooks dan peserta dapat menggunakan Pivot Tables & Pivot Charts dengan lebih cekap dan bersistematik.

Setiap peserta juga dibekalkan dengan modul dan sijil digital. Secara keseluruhannya, kursus ini memberi impak yang positif dengan setiap daripada peserta menunjukkan komitmen yang luar biasa, dan dengan kemahiran yang peroleh akan memberikan manfaat besar dalam perjalanan profesional peserta.

Teruskan untuk mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari, dan terima kasih kerana memilih YP Advanced Skills sebagai penyedia latihan anda.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN - PROGRAM USAHAWAN PRECISION AGRICULTURE

17 Oktober - Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara YP Advanced Skills bersama Smach Venture Sdn. Bhd. telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jasmine, Level 10 Doubletree by Hilton Kuala Lumpur hari ini. Pertukaran memorandum ini disempurnakan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Ybhg. Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin bersama Pengarah SMACH Venture Sdn Bhd, YH Dato' Ir. Thong Kok Sing.

Majlis turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang, Ybhg. Encik Airulamri bin Amran dan Penasihat Utama SMACH Venture Sdn Bhd, YH Dato’ Luuk Runia.

Dengan termeterainya memorandum ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengembeling tenaga dan usaha secara bersama dalam *Program Precision Agriculture.* Program ini memanfaatkan teknologi pertanian pintar (smart farming) sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian tempatan sekaligus melatih dan membangunkan usahawan di kalangan anak muda Pahang.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua organisasi berharap dapat menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara yang lebih mampan, inovatif, dan berdaya saing di peringkat global.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

SHORT COURSE MICROSOFT POWER BI | PETRONAS CHEMICALS DERIVATIVES SDN BHD

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai "Kursus Jangka Pendek Microsoft Power BI" di Training Room 3, Petronas Chemicals Derivatives Sdn. Bhd. pada 06 & 07 Oktober 2024.

Petronas Chemicals Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menyertai kursus jangka pendek secara in-house bagi kursus Microsoft Power BI untuk meningkatkan kemahiran analisis data dalam kalangan kakitangan. Kursus ini bertujuan untuk membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan dan menganalisis data secara lebih berkesan.

Kursus ini dihadiri oleh 20 orang kakitangan dari pelbagai jabatan, termasuk Jabatan Mekanikal, IT, operasi dan lain-lain. Ini membolehkan pertukaran idea dan pengalaman antara peserta dari latar belakang yang berbeza. Kursus ini merangkumi pelbagai topik, antaranya ialah:
i) Pengenalan kepada Power BI dan fungsinya
ii) Menghubungkan data dari pelbagai sumber
iii)Membuat laporan dan visualisasi data yang interaktif
iv)Menggunakan DAX untuk analisis yang lebih mendalam

Banyak manfaat yang diperolehi peserta antaranya ialah kemahiran baharu iaitu peserta mempelajari cara untuk menggunakan Power BI secara efektif dalam tugas harian mereka. Setiap peserta juga dibekalkan dengan modul dan sijil digital. Maklum balas daripada peserta sangat positif, di mana mereka menyatakan bahawa kursus ini sangat berfaedah dan praktikal. Peserta berasa lebih berkeyakinan dalam menggunakan Microsoft Power BI ini untuk menganalisis data.

Terima kasih kerana memilih YP Advanced Skills sebagai penyedia latihan anda.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

KUNJUNG HORMAT GRAND DARULMAKMUR HOTEL KE YP ADVANCED SKILLS

7 Oktober – Hari ini YP Advanced Skills berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak Grand Darul Makmur Hotel yang diwakili oleh Pengurus Besar, En. Mohd Robae Lubis dan Pengurus Sumber Manusia Pn. Noorliza Ibrahim.

Kehadiran mereka telah disambut oleh Pengurus besar YP Advanced Skills, Pn. Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin dan Pengurus Latihan Teknikal, Pn. Nani Masnida Nordin serta para pegawai. Pertemuan ini bertujuan membincangkan peluang usahasama dalam pelbagai aspek.

Diharap dengan adanya pertemuan ini akan membuka peluang kerjasama yang lebih luas dalam bidang pendidikan dan latihan.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Friday, 04 October 2024 05:18

AUDIT PENSIJILAN HALAL

AUDIT PENSIJILAN HALAL

4 Oktober - Satu lawatan audit pensijilan halal telah dijalankan di YP Advanced Skills. Audit ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Muhammad Haizad bin Hamad dan Penolong Pegawai Teknologi Makanan, En. Ameer Fikri bin Mohamad Hilimi daripada Jabatan Agama Islam Pahang.

Sesi audit dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin dan diteruskan dengan semakan dokumen. Kemudian auditor menjalankan audit lapangan ke bengkel usahawan bakeri dan bengkel usahawan retort. Selepas itu diteruskan dengan pelaporan dan penutupan oleh pihak auditor.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan semoga YP Advanced Skills lulus untuk menerima pensijilan halal

"We Train Skills, We Hire Attitude"

MAJLIS APRESIASI DAN SAMBUTAN PESERTA WSC LYON 2024

1 Oktober - Alhamdulillah hari ini telah berlangsung Majlis Apresiasi Dan Sambutan Peserta WSC Lyon 2024 bertempat di YP Advanced Skills.

Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin diiringi barisan pengurusan. Objektif majlis bertujuan menyambut kepulangan saudara Ahmad Danish Arham yang mewakili negara ke pertandingan WSC Lyon 2024.

Disamping itu, majlis turut meraikan pelajar dan pengajar yang berkorban masa dan tenaga bagi menyertai pertandingan yang telah diadakan sepanjang tahun ini. Semoga majlis ini dapat menyuntik semangat buat semua yang terlibat untuk terus berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

MAJLIS PENGHARGAAN WIRA NEGARA WORLDSKILLS COMPETITION (WSC) LYON 2024

30 SEPTEMBER – Tahniah diucapkan kepada Ahmad Danish Arham Bin Ahmad Khusynee, pelajar Diploma Kulinari daripada YP Advanced Skills di atas penerimaan penghargaan bersempena National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2024 di Kuala Lumpur.

Majlis penghargaan ini disempurnakan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, sebagai tanda penghargaan kepada kontinjen negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Ahmad Danish Arham yang merupakan kontinjen yang mewakili negara ke WorldSkills (WSC) Lyon 2024 dalam bidang cooking telah mendapat kedudukan ke-22 dunia. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk negara dan khususnya YP Advanced Skills.

Semoga dengan anugerah ini menjadi pembakar semangat buat Ahmad Danish Arham dan juga pelajar YP Advanced Skills untuk melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Kredit gambar : Media CIAST

"We Train Skills, We Hire Attitude"

MAJLIS GRADUASI PLANTATION TECHNICIAN (HARVESTING SPECIALIST)

25 September - Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Majlis Graduasi Plantation Technician (Harvesting Specialist) yang diadakan di Akademi Latihan Felda (ALAF) Bukit Goh, Kuantan, Pahang.

Seramai 18 orang peserta telah berjaya menjalani latihan teori dan lapangan selama 3 bulan bertempat di Ladang FGV Palong 20, Negeri Sembilan.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), Puan Nazatul Niza binti Nordin, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan FGV Holdings Berhad, Encik Razman bin Radzi serta Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin.

Program kerjasama antara IMPAC, YP Advanced Skills dan rakan industri FGV Holdings Berhad ini adalah satu pencapaian besar dalam projek rintis yang bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri perladangan di Malaysia.

Diharap lebih ramai anak muda di luar sana mengambil peluang dengan menyertai program ini untuk menjadi tenaga kerja berketerampilan disamping memenuhi permintaan industri yang kian meningkat. Hubungi kami untuk info lanjut dan makluman bagi sesi pengambilan seterusnya. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

Ikuti laman sosial kami dan laman sesawang www.ypas.edu.my bagi maklumat terkini berkenaan program-program Jaminan Kerjaya yang ditawarkan di YP Advanced Skills. Jom Kerja!

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Go to top