+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Super User

Super User

MESYUARAT PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK YPAS DAN UOA ACADEMY

21 Januari 2025 | Mesyuarat awal antara YP Advanced Skills (YPAS) dan UOA Academy berlangsung di YPAS, Kuantan, membincangkan pelaksanaan program kompetensi dan penempatan kerjaya.

Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Puan Nor Liza binti Abd Mubin,Pengurus Besar YPAS, Encik Mohd Norsham Nisam bin Abd Malik, Encik Hassan bin Rosli, Encik Aqmal Fikri , Head of UOA Academy, dan Encik Teoh Zhen-Jie, Project Lead of UOA Academy.

Tujuan mesyuarat untuk meningkatkan kemahiran graduan Malaysia sejajar dengan keperluan industri, serta menyediakan peluang kerjaya kepada komuniti asnaf, Orang Asli, dan lepasan tahfiz.

Kerjasama ini diharap dapat melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan sijil kompetensi, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan dan tenaga kerja mahir di Malaysia.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Majlis Amanat & Hala Tuju YP Advanced Skills 2025

15 Januari 2025 – YP Advanced Skills dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Amanat & Hala Tuju 2025, yang disampaikan oleh Puan Hajah Nor Liza binti Abd Mubin, Pengurus Besar YP Advanced Skills, kepada seluruh warga kerja.

Dalam ucapan beliau, Puan Hajah Nor Liza menzahirkan rasa syukur atas pencapaian gemilang sepanjang tahun 2024 dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah menunjukkan komitmen luar biasa.

Beliau turut menggariskan hala tuju serta sasaran strategik syarikat bagi tahun 2025, dengan penekanan terhadap pencapaian KPI yang lebih cemerlang. Majlis ini turut diserikan dengan penyerahan lantikan rasmi Ketua Unit, Ketua Kursus dan Penyelia bagi setiap jabatan.

Semoga amanat yang disampaikan dapat terus menyuntik inspirasi dan semangat kepada warga kerja YP Advanced Skills untuk melangkah lebih jauh, memacu kecemerlangan, dan bersama-sama mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada masa hadapan.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

PEMILIHAN PESERTA PROGRAM TENAGA MAHIR PELABUHAN DI KAMPUNG KUALA KERDAU, TEMERLOH

5 Januari – Alhamdulillah, hari ini sekali lagi telah berlangsung sesi pemilihan peserta bagi Program Tenaga Mahir Pelabuhan yang bertempat di Balai Raya, Kampung Kuala Kerdau, Temerloh, Pahang.

Seramai 22 orang penduduk sekitar hadir menyertai sesi pemilihan ini. Menariknya, seramai 10 peserta masyarakat orang asli dari daerah Temerloh dan Lipis turut mengambil peluang menyertai sesi yang diadakan pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Tahniah kepada peserta yang berjaya terpilih, manakala bagi yang belum berjaya, jangan berputus asa. Teruskan mencuba pada sesi pemilihan yang akan datang. Untuk makluman, pengambilan seterusnya bagi Program Tenaga Mahir Pelabuhan akan diadakan pada Februari 2025.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

PEMILIHAN PESERTA PROGRAM TENAGA MAHIR PELABUHAN

4 Januari - Hari ini telah dijalankan pemilihan peserta bagi program tenaga mahir pelabuhan yang bertempat di YP Advanced Skills, Kubang Buaya Kuantan, Pahang. Sesi pemilihan ini telah dijalankan seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.

Proses pemilihan ini dimulakan dengan taklimat penerangan oleh YP Advanced Skills, ujian kecerdasan dan temuduga bersemuka oleh pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas. Terima kasih kepada semua yang hadir ini. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan dan bagi yang belum berjaya cuba lagi pada masa hadapan.

Kepada anak Pahang yang berminat dan masih belum mendaftar, boleh hadir esok 5 JANUARI 2025, di Balai Raya Kampung Kuala Kerdau, Temerloh bermula jam 9.30 pagi.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

DAY 2 - MASTERING THE ART OF BUTCHERY - CONFERENCE & EXHIBITION

19 DISEMBER 2024 : Alhamdulillah, hari ini sekali lagi persidangan "Mastering The Art Of Butchery : Memperkasakan Seni Keratan Daging" telah berlangsung dengan lancar di AC Hotel, Kuantan Pahang. Persidangan penutup telah dirasmikan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, YH. Dato' Dr. Kamaliah binti Ghazali, Pengurus Besar YP Advanced Skills, Ybhg. Puan Hajah Nor Liza binti Abd Mubin dan pengurusan tertinggi YP Advanced Skills serta barisan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.

Pengisian hari kedua ini dimulakan dengan persidangan ketiga (3) iaitu Modul ketiga (3) bertajuk " The Beauty Of Art Of Butchery" dan Demonstrasi Kaedah Pemotongan Daging oleh En Ahmad Johari Bin Mohamed Ismail iaitu Master Butcher. Persidangan yang julung kali diadakan ini bertujuan menyebarluas pengetahuan kepada semua golongan bagi memastikan industri agro-komoditi kekal menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia.

Tahniah dan Syabas kepada YP Advanced Skills sebagai badan pelaksana yang mendapat mandat daripada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar Negeri Pahang kerana telah berjaya melaksanakan Persidangan Mastering The Art Of Butchery (Memperkasakan Seni Keratan Daging).

Bagi yang terlepas mengikuti persidangan hari ini, boleh layari halaman facebook YP Advanced Skills untuk melihat semula rakaman yang telah disediakan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan persidangan "Mastering The Art Of Butchery : Memperkasakan Seni Keratan Daging".

"We Train Skills, We Hire Attitude"

MASTERING THE ART OF BUTCHERY - CONFERENCE & EXHIBITION

18 DISEMBER 2024 : Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung dengan lancar persidangan "Mastering The Art Of Butchery : Memperkasakan Seni Keratan Daging" di AC Hotel, Kuantan Pahang. Persidangan ini disertai oleh 152 peserta merangkumi pelbagai latar belakang antaranya pelatih, penggiat industri, pelajar kolej dan lain-lain lagi.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, YH Dato' Dr. Kamaliah binti Ghazali. Turut hadir, Pengurus Besar YP Advanced Skills, Ybhg. Puan Hajah Nor Liza binti Abd Mubin dan pengurusan tertinggi YP Advanced Skills serta barisan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.

Pengisian hari pertama ini dimulakan dengan persidangan pertama (1) iaitu Modul bertajuk Penghasilan Ruminan Berkualiti, disampaikan oleh Dr. Ahmad Azamin Bin Shamsudin iaitu Dr. Veterinar, pada sesi pagi dan diikuti dengan Modul kedua (2) yang bertajuk Pemasaran Daging Berkualiti, oleh En. Mohd Faizul Bin Ismail iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, MeatXperts pada sesi petang.

Selain persidangan, turut diadakan pameran berkaitan produk berasaskan daging dan khidmat nasihat dari Jabatan Veterinar Negeri Pahang, serta soal jawab dan kuiz sejurus tamat setiap sesi. Bagi yang terlepas mengikuti persidangan hari ini, boleh layari halaman facebook YP Advanced Skills untuk melihat semula rakaman yang telah disediakan.

Jom memeriahkan persidangan pada esok hari, Modul ketiga (3) iaitu " The Beauty Of Art Of Butchery" dan Demonstrasi Kaedah Pemotongan Daging oleh En Ahmad Johari Bin Mohamed Ismail iaitu Master Butcher di halaman facebook YP Advanced Skills.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

MAJLIS HI-TEA PROGRAM JAMINAN KERJAYA , EMPOWERING DE TEA-LOGUE

Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya, Empowering De Tea-Logue yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre (SDCC), Kuala Lumpur hari ini.

Majlis Hi-Tea kali ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan turut disertai oleh barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Pengarah Veteriner Negeri Pahang, TKSU Kementerian Perladangan Dan Komoditi dan Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajah Nor Liza Binti Abd Mubin.

Majlis pada hari ini adalah bertujuan untuk meraikan pelatih Program Jaminan Kerjaya yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing disamping memberi penghargaan kepada pelbagai industri yang turut terlibat menyediakan peluang pekerjaan kepada pelatih yang telah tamat mengikuti program ini. Sehingga kini seramai 6,273 alumni yang terdiri daripada asnaf, orang asli dan lepasan tahfiz telah berjaya dibantu untuk terus bekerja selepas mengikuti program dan ada diantaranya memperolehi pendapatan sehingga lima angka sebulan.

Dengan adanya inisiatif dan bantuan oleh Kerajaan Negeri Pahang serta pelbagai pihak diharap program ini dapat menzahirkan matlamat YAB Menteri Besar iaitu Pahang sebagai negeri pertama noktah kemiskinan.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

MAJLIS PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR YP ADVANCED SKILL 2025/2026

5 Disember 2024 - Telah diadakan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2025/2026 di YP Advanced Skills telah diadakan di Bilik 9, YP Advanced Skills. Semua pelajar daripada kursus Penyediaan Makanan, Pembuatan Roti, Elektrik, Sistem Komputer dan Pengurusan Pejabat telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi bagi memilih kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar terbaru mereka.

Keputusan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2025/2026 akan di umumkan pada 9 Disember 2024.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL & MEDAL PEMENANG PERTANDINGAN BATTLE OF THE CHEF (BOTC) PENANG DAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB)

YP Advanced Skills telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil & Medal kepada para pemenang yang telah berentap di Pertandingan Battle Of The Chef (BOTC) Penang dan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) bersempena perhimpunan bulanan kolej.

TAHNIAH PADA SEMUA PEMENANG!! Terus Maju Jaya YP Advanced Skills

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Wednesday, 20 November 2024 20:51

PRODUK RETORT YP ADVANCED SKILLS KE DUBAI

PRODUK RETORT YP ADVANCED SKILLS KE DUBAI

Dubai 18 Aug - YP Advanced Skills turut serta bersama Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang (BPEN) buat julung-julung kalinya menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Yang di adakan di Dubai World Trade Centre, Emiriah Arab Bersatu.

YP Advanced Skills mempromosikan produk keluaran sendiri di bawah jenama YP Retort yang telah memperolehi sijil Halal Malaysia dan melepasi audit persijilan MESTI pada awal November lalu.

YP Retort keluaran YP Advanced Skills dihasilkan oleh sekumpulan chef di bawah program TVET kulinari, manakala operator retort terdiri daripada pelatih Program Tahfiz Mahir Yayasan Pahang.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Go to top