+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Dec 18, 2024 1180times
Featured

MASTERING THE ART OF BUTCHERY - CONFERENCE & EXHIBITION

MASTERING THE ART OF BUTCHERY - CONFERENCE & EXHIBITION

18 DISEMBER 2024 : Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung dengan lancar persidangan "Mastering The Art Of Butchery : Memperkasakan Seni Keratan Daging" di AC Hotel, Kuantan Pahang. Persidangan ini disertai oleh 152 peserta merangkumi pelbagai latar belakang antaranya pelatih, penggiat industri, pelajar kolej dan lain-lain lagi.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, YH Dato' Dr. Kamaliah binti Ghazali. Turut hadir, Pengurus Besar YP Advanced Skills, Ybhg. Puan Hajah Nor Liza binti Abd Mubin dan pengurusan tertinggi YP Advanced Skills serta barisan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.

Pengisian hari pertama ini dimulakan dengan persidangan pertama (1) iaitu Modul bertajuk Penghasilan Ruminan Berkualiti, disampaikan oleh Dr. Ahmad Azamin Bin Shamsudin iaitu Dr. Veterinar, pada sesi pagi dan diikuti dengan Modul kedua (2) yang bertajuk Pemasaran Daging Berkualiti, oleh En. Mohd Faizul Bin Ismail iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, MeatXperts pada sesi petang.

Selain persidangan, turut diadakan pameran berkaitan produk berasaskan daging dan khidmat nasihat dari Jabatan Veterinar Negeri Pahang, serta soal jawab dan kuiz sejurus tamat setiap sesi. Bagi yang terlepas mengikuti persidangan hari ini, boleh layari halaman facebook YP Advanced Skills untuk melihat semula rakaman yang telah disediakan.

Jom memeriahkan persidangan pada esok hari, Modul ketiga (3) iaitu " The Beauty Of Art Of Butchery" dan Demonstrasi Kaedah Pemotongan Daging oleh En Ahmad Johari Bin Mohamed Ismail iaitu Master Butcher di halaman facebook YP Advanced Skills.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Go to top