MAJLIS GRADUASI PLANTATION TECHNICIAN (HARVESTING SPECIALIST)
MAJLIS GRADUASI PLANTATION TECHNICIAN (HARVESTING SPECIALIST)
25 September - Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Majlis Graduasi Plantation Technician (Harvesting Specialist) yang diadakan di Akademi Latihan Felda (ALAF) Bukit Goh, Kuantan, Pahang.
Seramai 18 orang peserta telah berjaya menjalani latihan teori dan lapangan selama 3 bulan bertempat di Ladang FGV Palong 20, Negeri Sembilan.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), Puan Nazatul Niza binti Nordin, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan FGV Holdings Berhad, Encik Razman bin Radzi serta Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin.
Program kerjasama antara IMPAC, YP Advanced Skills dan rakan industri FGV Holdings Berhad ini adalah satu pencapaian besar dalam projek rintis yang bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri perladangan di Malaysia.
Diharap lebih ramai anak muda di luar sana mengambil peluang dengan menyertai program ini untuk menjadi tenaga kerja berketerampilan disamping memenuhi permintaan industri yang kian meningkat.
Hubungi kami untuk info lanjut dan makluman bagi sesi pengambilan seterusnya. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
Ikuti laman sosial kami dan laman sesawang www.ypas.edu.my bagi maklumat terkini berkenaan program-program Jaminan Kerjaya yang ditawarkan di YP Advanced Skills.
Jom Kerja!
"We Train Skills, We Hire Attitude"









