+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Oct 17, 2024 1119times
Featured

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN - PROGRAM USAHAWAN PRECISION AGRICULTURE

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN - PROGRAM USAHAWAN PRECISION AGRICULTURE

17 Oktober - Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara YP Advanced Skills bersama Smach Venture Sdn. Bhd. telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jasmine, Level 10 Doubletree by Hilton Kuala Lumpur hari ini. Pertukaran memorandum ini disempurnakan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Ybhg. Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin bersama Pengarah SMACH Venture Sdn Bhd, YH Dato' Ir. Thong Kok Sing.

Majlis turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang, Ybhg. Encik Airulamri bin Amran dan Penasihat Utama SMACH Venture Sdn Bhd, YH Dato’ Luuk Runia.

Dengan termeterainya memorandum ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengembeling tenaga dan usaha secara bersama dalam *Program Precision Agriculture.* Program ini memanfaatkan teknologi pertanian pintar (smart farming) sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian tempatan sekaligus melatih dan membangunkan usahawan di kalangan anak muda Pahang.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua organisasi berharap dapat menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara yang lebih mampan, inovatif, dan berdaya saing di peringkat global.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Go to top