PENSIJILAN MeSTI (MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI)
PENSIJILAN MeSTI (MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI)
28 Oktober - Telah berlangsung sesi audit pensijilan MeSTI dan pengiktirafan My Food Tag ke atas premis usahawan retort & bakeri di bawah seliaan YP Advanced Skills.
Sesi audit dikendalikan sepenuhnya oleh 2 orang Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.
Pensijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) adalah satu skim yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu premis pengilangan makanan dalam memastikan keselamatan makanan yang dihasilkan.
Manakala, My Food Tag adalah satu mekanisma pengukuhan kawalan keselamatan makanan dan kebolehkesanan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Premis makanan di check point / peringkat rantaian bekalan makanan yang memenuhi kriteria keselamatan makanan yang ditetapkan akan diberikan pengiktirafan melalui pemberian nombor pendaftaran MyFoodTag.
Melalui pensijilan dan pengiktirafan ini, premis pengilangan makanan akan dibimbing untuk membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan. Ini termasuk memastikan makanan yang dihasilkan tidak memudaratkan pengguna apabila dimakan.
YP Advanced Skills optimis ke arah menghasilkan produk berkualiti setanding dengan standard yang telah digariskan oleh KKM. Semoga dengan adanya pengiktirfan ini, mampu mengangkat produk jenama YPAS di peringkat global.
"We Train Skills, We Hire Attitude"






