MAJLIS PENDAFTARAN PROGRAM JAMINAN KERJAYA 2024
MAJLIS PENDAFTARAN PROGRAM JAMINAN KERJAYA 2024
30 Mei 2024 - Majlis Pendaftaran Program Jaminan Kerjaya 2024 telah diadakan di YP Advanced Skills, Kubang Buaya Kuantan.
Seramai 200 orang belia bersama ibu bapa serta penjaga daripada seluruh daerah Negeri Pahang telah hadir untuk mendaftar dalam program ini.
Majlis yang julung kalinya diadakan ini, telah dirasmikan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza Binti Abd. Mubin.
Majlis Pendaftaran Program Jaminan Kerjaya 2024, telah menawarkan lapan (? kursus kompetensi yang didatangkan dengan pakej penempatan kerja selepas tamat latihan.
Antara kursus yang ditawarkan ialah Hospitality Services in Offshore
and Oil & Gas, Barbering Course and Training, Live Hosting, Fiber Optic dan Welding 6G.
Program ini berkonsepkan ‘Train & Place’ iaitu pelatih diberi latihan
mengikut keperluan industri dalam tempoh satu hingga tiga bulan sebelum ditempatkan ke majikan-majikan terpilih.
Program ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pahang, melalui Yayasan Pahang, serta YP Advanced Skills sebagai badan pelaksana, telah banyak melahirkan belia-belia yang berjaya menempa nama dalam bidang-bidang yang diceburi sekaligus bertepatan dengan usaha kerajaan Negeri Pahang bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan belia Pahang.
Program ini merupakan program yang sangat efektif dan membantu mengurangkan peratusan kadar pengangguran khususnya di Negeri Pahang.
Di harap program ini akan diteruskan pada masa akan datang.







