MESYUARAT DAN KUNJUNGAN HORMAT SIRIM BERHAD
MESYUARAT DAN KUNJUNGAN HORMAT SIRIM BERHAD
21 Mei 2024 - Satu mesyuarat penyelarasan bersama SIRIM Berhad yang dipengerusikan oleh Pn. Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin, Pengurus Besar YP Advanced Skills telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama YP Advanced Skills.
Turut mewakili SIRIM berhad Pn. Rohani binti Malik, Penolong Pengarah SIRIM, Pn. Mazlina binti Mangshor, Pengarah SIRIM Pahang, Pn. Haniza binti Kassim, Konsultan SIRIM QAS dan Cik Nor Masliza binti Romli, Senior Eksekutif Akademi Sirim.
Intipati mesyuarat ini adalah bagi membincangkan program usahasama antara YP Advanced Skills dan SIRIM Berhad untuk melahirkan tenaga kerja atau pelajar yang berkemahiran serta pengiktirafan daripada SIRIM khususnya di Negeri Pahang.




