BENGKEL CANVA MASTERCLASS
BENGKEL CANVA MASTERCLASS (PDPA)
KUANTAN, 30 Mei 2024 – Satu bengkel Canva Masterclass telah diadakan di Rumah Pahang, Yayasan Pahang, Kuantan.
Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi terkini yang boleh digunapakai oleh peserta bagi kegunaan sendiri atau pekerjaan masing-masing.
Peserta mempelajari cara menghasilkan laman web menggunakan Canva, menghasilkan konten sosial media yang lebih menarik dan mendigitalkan bisnes seiring dengan peredaran zaman.
Seramai 29 orang peserta telah berjaya menamatkan bengkel ini.
Semoga segala ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada peserta.
Terima kasih diucapkan kepada peserta dan tenaga pengajar yang menjayakan bengkel ini.
“We Train Skills, We Hire Attitude”.





