Super User
TAKLIMAT PROGRAM JAMINAN KERJAYA, KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
Satu taklimat berkaitan Program Jaminan Kerjaya telah diadakan di Kolej Vokasional Kuantan bagi memberi penerangan mengenai kursus latihan percuma dan jaminan kerjaya yang ditawarkan di KYP Advanced Skills.
Kursus yang ditawarkan termasuklah :
1. Offshore Marine in Hospitality
2. Barbering
3. Maritime
4. Harvester
5. Terminal Tractor Operator (TTO)
6. Welding
"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills
PROGRAM SUKARELAWAN INOVASI MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG (MTNP)
Program Sukarelawan & Inovasi kerjasama antara Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan Yayasan Pahang bertujuan untuk memberi peluang untuk setiap mereka yang ingin menderma barangan terpakai dan membantu yang kurang berkemampuan.
Bagi menjayakan Program ini KYP Advanced Skills telah terpilih antara badan kolaborasi menyediakan latihan kepada para pelajar. Seramai 19 orang pelajar tingkatan 4 & 5 bersama 3 orang guru pengiring telah hadir ke KYP Advanced Skills bagi pendedahan cara untuk pembuatan muffin dan jahitan bantal. Barangan dan makanan yang telah dihasilkan akan dikumpulkan dan diagihkan kepada yang golongan sasaran.
Semoga kerjasama dan usaha murni yang djalankan ini mendapat sambutan dan memberi manfaat dalam masa yang sama meningkatkan positiviti dan melahirkan empati dalam semua lapisan masyarakat.
"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills
SHORTCOURSE PENGHASILAN LOYANG DAN REMPEYEK
28 Januari 2023 | Dengan kerjasama daripada Koperasi Usaha Melayu Pahang Berhad (KUMEP), KYP Advanced Skills telah mengadakan kursus jangka pendek Penghasilan Loyang dan Rempeyek yang dihadiri oleh 20 orang peserta daripada KUMEP sendiri.
Terima kasih kepada Chef Nahsahudin dan Chef Norlida, tenaga pengajar Kursus Bakeri KYP Advanced Skills yang telah berkongsi ilmu pengetahuan dan tips bagi menghasilkan rempeyek dan loyang yang sedap dan berlemak.
Para peserta dapat mempelajari cara acuan hingga ke proses menggoreng rempeyek dan loyang tersebut, sekaligus dapat merasai sendiri rempeyek dan loyang yang dihasilkan.
Banyak lagi slot kursus jangka pendek akan diadakan pada tahun ini. Semua pada hujung minggu. Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang.
"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills
SESI TAKLIMAT DAN TEMUDUGA PROGRAM JAMINAN KERJAYA TENAGA MAHIR SEKTOR PELABUHAN
Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills dengan Kerjasama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang Dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang telah mengadakan sesi taklimat dan temuduga program jaminan kerjaya tenaga mahir sektor pelabuhan.
Majlis amanat kepada belia-belia orang asli Kawasan Kuala Krau di sampaikan oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad,SSAP.,DIMP.,AMP.,AMN, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
Program Terminal Tractor Operator (TTO) yang menerima tajaan penuh Yayasan Pahang di mana peserta yang terpilih akan menjalani latihan selama 2 bulan dan terus bekerja di industri Pelabuhan. KYP AS telah bekerjasama dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd untuk menawarkan pekerjaan sebagai Terminal Tractor Operator (TTO).
"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills
FATIN DIPILIH MEWAKILI NEGARA DALAM WORLDSKILLS ASEAN SINGAPORE 2023
Tahniah kepada Tuan Nur Fatin Shazlin Tuan Mustafa yang terpilih mewakili negara dalam pertandiangan pertandingan Worldskills ASEAN Singapore 2023 pada Julai ini.
Nur Fatin Shazlin adalah pelajar Diploma Penyediaan Makanan (Tahap 4), Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) dengan tajaan Yayasan Pahang (YP) yang kini sedang menjalani latihan praktikal di Hotel Heritage, Cameron Highlands.
Pemilihan dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia setelah dia berjaya merangkul pingat perak (markah tertinggi) dalam pertandingan akhir Worldskills Malaysia (Belia) di Taylor’s University, Oktober tahun lalu.
Nur Fatin Shazlin telah berjaya memikat hati juri dengan kemahirannya menyediakan pelbagai kombinasi teknik masakan Timur dan Barat pada pertandingan tersebut.
Untuk makluman ini adalah kali pertama pelajar KYPAS berjaya terpilih mewakili Malaysia setelah terbabit dalam pertandingan Worldskills sejak tahun 2014.
Syabas dan tahniah Fatin.. Doakan agar Fatin berjaya bergelar juara seterusnya mengharumkan nama Negeri Pahang dan Malaysia di peringkat dunia!
"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills
LAWATAN SESI TAKLIMAT DAN BIMBINGAN PELAKSANAAN PROGRAM TVET (COPTPA)
Taklimat dan bimbingan pelaksanaan COPTPA, lawatan bengkel daripada JPK, iaitu Ts. Dr Aruna binti Ismail @ Abd Wahab, Pengarah bahagian pentauliahan serta Pn. Norzanarita Eeazan binti Abdul Ghani Penolong Pengarah dan Pn. Noraliza binti Mohamad, Pegawai Pembangunan Kemahiran.
"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills
PROGRAM USAHAWAN TANAMAN FERTIGASI
Program usahawan tani merupakan satu platform untuk memperkenalkan berkaitan dengan teknologi fertigasi.
Program ini lebih mengutamakan kepada jenis tanaman fertigasi cili bara dan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Pahang dan dikendalikan oleh KYP Skills Sdn Bhd.
Selain itu, program ini telah melibatkan seramai 570 orang peserta dari beberapa kumpulan sasaran iaitu asnaf, graduan anak pahang, belia, orang asli dan B40 di 11 daerah seluruh Negeri Pahang Darul Makmur serta agensi yang berkelayakan.
"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills
PROGRAM TAHFIZ MAHIR YAYASAN PAHANG BREAKFAST PRODUCTION
Program Tahfiz Mahir Yayasan Pahang Breakfast Production
Alhamdulillah, berita baik buat adik-adik lepasan tahfiz/madrasah/pondok di sekitar Pahang.
Program tahfiz mahir tajaan penuh Yayasan Pahang kini masih dibuka ambilan sehingga 10 Januari 2023.
Bidang kursus:
1. Breakfast Production :
Pelatih akan diajar dengan pembuatan hidangan sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak, bihun goreng dan lain².
Syarat kemasukan hanya :
- Anak Pahang
- Minimum 18 tahun
- Menghafaz sekurangnya 5 juzu'
- Sahsiah yang baik
KELEBIHAN program :
- Pengajian dengan tajaan penuh Yayasan Pahang
- Elaun sehingga RM 1200.00 sebulan
- Persijilan oleh JPK
- Kelas pengukuhan hafazan dan bimbingan agama sepanjang latihan
- Jaminan kerjaya
Tempat terhad .
Untuk Keterangan lanjut, boleh hubungi unit pemasaran KYPAS
Maklumat lanjut boleh hubungi kami

SUKARELAWAN KYP ADVANCED SKILLS MEMBANTU USAHAWAN RENTAN MENUAI HASIL PROJEK FERTIGASI TERUNG
Sukarelawan KYP Advanced Skills Membantu Usahawan Rentan Menuai Hasil Projek Fertigasi Terung
Projek usahawan tani - Fertigasi merupakan satu program tajaan Yayasan Pahang yg diilhamkan bertujuan untuk membantu golongan rentan bagi menjana pendapatan dalam sektor pertanian.
Pada 18 Januari 2023, pelajar-pelajar KYP Advanced Skills telah diberi peluang untuk turut membantu menuai hasil penanaman terung di kawasan Jalan Dato' Wong Ah Jang berhampiran Centre Point Kuantan. Dianggarkan sebanyak 70 kg terung telah berjaya dituai hasil pada hari tersebut dan telah dibawa ke Pasar Besar Kuantan untuk dijual.
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang turut membantu. Semoga usaha murni Yayasan Pahang untuk membantu golongan rentan ini berjaya dan membawa manfaat kepada semua golongan masyarakat.
.
"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
JAWATAN KOSONG - SIME DARBY PLANTATION BHD
Program Penuai Tempatan
Kemasukan Segera 2023!!
Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) dengan kerjasama Sime Darby Plantation Bhd ingin membuka peluang pekerjaan kepada belia Pahang khasnya dan juga belia seluruh Malaysia amnya untuk menyertai Program Penuai Tempatan dan seterusnya bekerja dengan syarikat Sime Darby Plantation Bhd.
SYARAT KELAYAKAN:
• Warganegara Malaysia
• Berumur 18 ke atas
• Lelaki
• Boleh 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
• Sihat tubuh badan
FAEDAH SEMASA LATIHAN:
• Elaun latihan RM1200 sebulan
• Kemudahan penginapan (Bujang/Berkahwin)
• Insuran kemalangan pelatih
• Makan minum disediakan sepanjang latihan
• Penempatan kerja di Industri Perladangan
FAEDAH SELEPAS BEKERJA:
• Caruman KWSP
• Caruman PERKESO
• Penginapan disediakan
• Insuran Pekerja
• Bonus tahunan
• Elaun rawatan perubatan
• Bantuan persekolahan anak-anak
