PROGRAM TAHFIZ MAHIR YAYASAN PAHANG BREAKFAST PRODUCTION
Program Tahfiz Mahir Yayasan Pahang Breakfast Production
Alhamdulillah, berita baik buat adik-adik lepasan tahfiz/madrasah/pondok di sekitar Pahang.
Program tahfiz mahir tajaan penuh Yayasan Pahang kini masih dibuka ambilan sehingga 10 Januari 2023.
Bidang kursus:
1. Breakfast Production :
Pelatih akan diajar dengan pembuatan hidangan sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak, bihun goreng dan lain².
Syarat kemasukan hanya :
- Anak Pahang
- Minimum 18 tahun
- Menghafaz sekurangnya 5 juzu'
- Sahsiah yang baik
KELEBIHAN program :
- Pengajian dengan tajaan penuh Yayasan Pahang
- Elaun sehingga RM 1200.00 sebulan
- Persijilan oleh JPK
- Kelas pengukuhan hafazan dan bimbingan agama sepanjang latihan
- Jaminan kerjaya
Tempat terhad .
Untuk Keterangan lanjut, boleh hubungi unit pemasaran KYPAS
Maklumat lanjut boleh hubungi kami
