FATIN DIPILIH MEWAKILI NEGARA DALAM WORLDSKILLS ASEAN SINGAPORE 2023
Tahniah kepada Tuan Nur Fatin Shazlin Tuan Mustafa yang terpilih mewakili negara dalam pertandiangan pertandingan Worldskills ASEAN Singapore 2023 pada Julai ini.
Nur Fatin Shazlin adalah pelajar Diploma Penyediaan Makanan (Tahap 4), Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) dengan tajaan Yayasan Pahang (YP) yang kini sedang menjalani latihan praktikal di Hotel Heritage, Cameron Highlands.
Pemilihan dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia setelah dia berjaya merangkul pingat perak (markah tertinggi) dalam pertandingan akhir Worldskills Malaysia (Belia) di Taylor’s University, Oktober tahun lalu.
Nur Fatin Shazlin telah berjaya memikat hati juri dengan kemahirannya menyediakan pelbagai kombinasi teknik masakan Timur dan Barat pada pertandingan tersebut.
Untuk makluman ini adalah kali pertama pelajar KYPAS berjaya terpilih mewakili Malaysia setelah terbabit dalam pertandingan Worldskills sejak tahun 2014.
Syabas dan tahniah Fatin.. Doakan agar Fatin berjaya bergelar juara seterusnya mengharumkan nama Negeri Pahang dan Malaysia di peringkat dunia!
"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills