+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

569times
Featured

SESI TAKLIMAT DAN TEMUDUGA PROGRAM JAMINAN KERJAYA TENAGA MAHIR SEKTOR PELABUHAN

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills dengan Kerjasama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang Dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang telah mengadakan sesi taklimat dan temuduga program jaminan kerjaya tenaga mahir sektor pelabuhan.

Majlis amanat kepada belia-belia orang asli Kawasan Kuala Krau di sampaikan oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad,SSAP.,DIMP.,AMP.,AMN, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Program Terminal Tractor Operator (TTO) yang menerima tajaan penuh Yayasan Pahang di mana peserta yang terpilih akan menjalani latihan selama 2 bulan dan terus bekerja di industri Pelabuhan. KYP AS telah bekerjasama dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd untuk menawarkan pekerjaan sebagai Terminal Tractor Operator (TTO).

"We train skills we hire attitude" - KYP Advanced Skills

Copyright © 2025 YP Advanced Skills. All Rights Reserved.

Go to top