SHORTCOURSE PENGHASILAN LOYANG DAN REMPEYEK
28 Januari 2023 | Dengan kerjasama daripada Koperasi Usaha Melayu Pahang Berhad (KUMEP), KYP Advanced Skills telah mengadakan kursus jangka pendek Penghasilan Loyang dan Rempeyek yang dihadiri oleh 20 orang peserta daripada KUMEP sendiri.
Terima kasih kepada Chef Nahsahudin dan Chef Norlida, tenaga pengajar Kursus Bakeri KYP Advanced Skills yang telah berkongsi ilmu pengetahuan dan tips bagi menghasilkan rempeyek dan loyang yang sedap dan berlemak.
Para peserta dapat mempelajari cara acuan hingga ke proses menggoreng rempeyek dan loyang tersebut, sekaligus dapat merasai sendiri rempeyek dan loyang yang dihasilkan.
Banyak lagi slot kursus jangka pendek akan diadakan pada tahun ini. Semua pada hujung minggu. Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang.
"We train skills we hire attitude"- KYP Advanced Skills