+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Jan 03, 2023 546times
Featured

KERJAYA SEBAGAI PERANTIS PEMBINAAN BUILDING WIRING INSTALLATION (BWI) DI BAWAH PROGRAM ANJURAN YAYASAN PAHANG!!

[PEMBIAYAAN PENUH] AMBILAN 4 JANUARI 2023 #KYPSkills | KERJAYA SEBAGAI PERANTIS PEMBINAAN BUILDING WIRING INSTALLATION (BWI) DI BAWAH PROGRAM ANJURAN YAYASAN PAHANG!!

Berita baik buat anak Pahang!! KYP Advanced Skills kini sedang mencari anak muda di sekitar Pahang untuk menyertai program perantis pembinaan building wiring installation (BWI) yang ditaja penuh oleh YAYASAN PAHANG.

Program yang dijalankan ini bertujuan merealisasikan objektif Yayasan Pahang bagi mewujudkan peluang jaminan pekerjaan sebagai tenaga mahir di sektor pembinaan. Segala kos latihan sepanjang program ini adalah berbentuk pembiayaan pinjaman dari Yayasan Pahang. Walau bagaimanapun, pinjaman ini akan diubah kepada tajaan PERCUMA sekiranya pelatih memenuhi terma dan syarat.

Pelatih akan ditempatkan selama 3 bulan di KYP Advanced Skills , seterusnya 3 bulan di lapangan dan 6 bulan di bawah pemantauan kontraktor lantikan Yayasan Pahang. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi team pemasaran kami.

Syarat dan kelayakan:
1. Pelatih berumur 18 - 35 tahun
2. Warganegara Malaysia (Anak Pahang)
3. Sihat tubuh badan & bebas bahan terlarang
4. Berminat dengan kerja-kerja pembinaan
5. Sijil Akademik tidak diperlukan
6. Pelatih lepasan kemahiran dialukan

Go to top