YP ADVANCED SKILLS TERUS CEMERLANG DALAM MEMPERKASA PENDIDIKAN TVET
YP ADVANCED SKILLS TERUS CEMERLANG DALAM MEMPERKASA PENDIDIKAN TVET
YP Advanced Skills (YPAS) terus komited dalam memperkasa pembangunan modal insan melalui pendidikan kemahiran yang berkualiti, pembangunan sahsiah serta penyediaan peluang kerjaya yang selari dengan keperluan industri semasa.
Berteraskan slogan “We Train Skills, We Hire Attitude”, YPAS memberi penekanan terhadap keseimbangan antara kemahiran teknikal dan nilai profesional dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan sebenar.
Sebagai institusi milik penuh Yayasan Pahang, YPAS menawarkan pelbagai program pendidikan dan latihan kemahiran termasuk program TVET, Program Jaminan Kerjaya serta Program Tahfiz Mahir dalam usaha melahirkan generasi yang berkualiti dan mempunyai hala tuju kerjaya yang lebih baik.
Komitmen dan pendekatan holistik YPAS dalam pembangunan pendidikan kemahiran ini turut diketengahkan menerusi artikel bertajuk “YP Advanced Skills: Building Competence, Character and Careers” yang diterbitkan melalui platform Education + TVET Asia.
Baca artikel penuh di pautan berikut:
https://educationtvet.com/yp-advanced-skills-building-competence-character-and-careers/
Sumber: Education + TVET Asia
"We Train Skills, We Hire Attitude"


