PROGRAM TAKLIMAT OLEH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
PROGRAM TAKLIMAT OLEH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
27 Februari - Pasukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuantan telah mengadakan sesi taklimat dan membuka kaunter bergerak bertempat di YP Advanced Skills, Kuantan.
Taklimat ini telah disertai oleh seramai 118 orang pelatih dan telah disampaikan oleh Puan Rasnah binti Osman selaku Relationship Advisor, KWSP Kuantan.
Program ini bertujuan untuk memudahkan urusan berkaitan KWSP seperti pendaftaran ahli baru, pengaktifan i-Akaun, pendaftaran penamaan, pendaftaran simpanan Shariah, pengeluaran yang dibenarkan serta memberikan khidmat nasihat kepada pencarum.
Terima kasih diucapkan kepada pihak KWSP keranan sudi untuk meluangkan masa bagi memberi taklimat seterusnya menjalankan pendaftaran kepada pelatih yang masih belum membuka akaun.
Diharapkan program ini dapat memberikan informasi bermanfaat kepada semua pelatih yang hadir dalam merancang dan menguruskan simpanan persaraan dengan lebih baik.
"We Train Skills, We Hire Attitude"







