PENDAFTARAN PELATIH JAMINAN KERJAYA AMBILAN FEBRUARI 2025
PENDAFTARAN PELATIH JAMINAN KERJAYA AMBILAN FEBRUARI 2025
26 Februari - Alhamdulillah harini telah berlangsung sesi pendaftaran Pelatih Program Jaminan Kerjaya bertempat di YP Advanced Skills, Kuantan.
Seramai 220 orang pelatih telah berjaya mendaftar masuk ke program kali ini dengan melibatkan 5 kursus iaitu:
Hospitality Services in Offshore and Oil & Gas
Maritime Catering and Service
Barbering Course and Training
Live Hosting
Scaffolding Level 1
Program ini turut mendapat sokongan padu daripada dua badan penaja utama iaitu Yayasan Pahang dan Maybank Islamic Berhad (MIB), yang komited dalam membantu para belia mencapai masa depan yang lebih cerah.
Sepanjang sesi hari ini, peserta telah menghadiri taklimat pendaftaran, taklimat tajaan, dan taklimat asrama, sebelum meneruskan proses pendaftaran rasmi
dan bergerak ke asrama masing-masing.
Semoga setiap pelatih mendapat manfaat dan berjaya dalam bidang yang diceburi!
Selamat maju jaya.
"We Train Skills, We Hire Attitude"






