+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

100times
Featured

PENDAFTARAN SIJIL DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DI YP ADVANCED SKILLS

PENDAFTARAN SIJIL DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DI YP ADVANCED SKILLS

10 Februari - Seramai 61 peserta telah hadir untuk Pendaftaran Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia yang diadakan di YP Advanced Skills, Kuantan. Program ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Akademik, Tajaan, dan Teknologi Maklumat. Seterusnya, pendaftaran dirasmikan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin.

Sebanyak 8 kursus telah dibuka untuk pendaftaran pada sesi kali ini, termasuk 3 kursus untuk pelajar baharu dan 5 kursus untuk pelajar yang ingin menyambung tahap pengajian mereka.

Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan dengan lancar, bermula dari taklimat, semakan dokumen, pembayaran yuran, sehingga kepada penempatan di asrama.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendaftar! Semoga perjalanan pembelajaran di YP Advanced Skills ini menjadi titik permulaan kejayaan anda dalam bidang kemahiran.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Copyright © 2025 YP Advanced Skills. All Rights Reserved.

Go to top