+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

70times
Featured

KUNJUNGAN HAVAS HOLDING KE YP ADVANCED SKILLS

KUNJUNGAN HAVAS HOLDING KE YP ADVANCED SKILLS

6 Februari - Hari ini, YP Advanced Skills dengan bangganya menerima kunjungan daripada wakil HAVAS Holding, iaitu Ziyodillo Mirzamoydinov, Azizjon Dadanavey, dan Dr Azu Shahadan.

Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh Puan Hajjah Nor Liza binti Abd Mubin, Pengurus Besar YP Advanced Skills, bersama Puan Nani Masnida binti Nordin, Pengurus Latihan Teknikal, serta dua wakil dari Yayasan Pahang. Dalam lawatan ini, delegasi HAVAS Holding berpeluang melawat Makmal Retort, mencuba sendiri produk makanan retort, serta menyaksikan demonstrasi penyediaan teknologi pemprosesan makanan ini.

Terima kasih kepada HAVAS Holding atas kunjungan ini. Semoga pertemuan ini membuka peluang kolaborasi yang bermanfaat untuk masa depan.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Copyright © 2025 YP Advanced Skills. All Rights Reserved.

Go to top