+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

74times
Featured

RECERTIFICATION AUDIT ISO 9001:2015 QMS & SURVEILLANCE 2 AUDIT ISO 37001:2016 ABMS

RECERTIFICATION AUDIT ISO 9001:2015 QMS & SURVEILLANCE 2 AUDIT ISO 37001:2016 ABMS

21-22 Januari 2025 - YP Advanced Skills telah menjalani Recertification Audit ISO 9001:2015 QMS dan Surveillance 2 Audit ISO 37001:2016 ABMS oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Proses audit ini telah berlangsung secara serentak selama dua hari. Sesi audit ini dijalankan oleh 3 orang Auditor SIRIM meliputi kedua-dua pensijilan yang diketuai oleh En. Khalid bin Saleman bersama En. Mohd Hisyam bin Mahadi dan Dr. Sethuraman Ramasamy. Sesi pembukaan dan penutup audit telah dipengerusikan oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajah Nor Liza bt Abd Mubin.

Alhamdulillah, YP Advanced Skills telah berjaya disyorkan Pensijilan Semula bagi ISO 9001:2015 QMS dan meneruskan pensijilan ISO 37001:2016 ABMS tanpa sebarang ketakakuran (NCR). Beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan oleh auditor bagi memantapkan lagi QMS dan ABMS di YP Advanced Skills.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Copyright © 2025 YP Advanced Skills. All Rights Reserved.

Go to top