KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT EXCEL BASIC, INTERMEDIATE & ADVANCE | FAR EAST HOLDINGS BERHAD
KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT EXCEL BASIC, INTERMEDIATE & ADVANCE | FAR EAST HOLDINGS BERHAD
16 OKTOBER 2024 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai "Kursus Jangka Pendek Microsoft Excel Basic, Intermediate & Advance" di Kompleks Chengal, Muadzam Shah, Pahang.
Kursus ini dihadiri oleh 30 orang kakitangan dari syarikat Far East Holding Berhad. Antara objektif kursus ini ialah :
i) Memperkenalkan pengguna baharu kepada asas penggunaan Excel.
ii) Memperdalam pengetahuan pengguna tentang fungsi dan alat yang lebih kompleks.
iii) Menguasai penggunaan Excel untuk analisis data yang lebih mendalam dan automasi.
Pelbagai faedah yang diperolehi daripada kursus ini iaitu peserta dapat mempelajari pengurusan data yang lebih teratur menggunakan features yang disediakan. Selain itu, peserta didedahkan dengan penggunaan data analisa menggunakan tools dan formula dengan lebih sistematik.
Tambahan, peserta didedahkan dengan konsep keselamatan terhadap cells, worksheets dan workbooks dan peserta dapat menggunakan Pivot Tables & Pivot Charts dengan lebih cekap dan bersistematik.
Setiap peserta juga dibekalkan dengan modul dan sijil digital. Secara keseluruhannya, kursus ini memberi impak yang positif dengan setiap daripada peserta menunjukkan komitmen yang luar biasa, dan dengan kemahiran yang peroleh akan memberikan manfaat besar dalam perjalanan profesional peserta.
Teruskan untuk mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari, dan terima kasih kerana memilih YP Advanced Skills sebagai penyedia latihan anda.
"We Train Skills, We Hire Attitude"





